Tuesday, November 30, 2010

Bingka Ambon

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Pagi ni saya sarapan bingka ambon. Sebenarnya dah lama cari resepi ni....hasil tinjau2 di MyR jumpalah resepi dari Citarasawan. Masa pergi kenduri rumah kawan tempohari,saya ada makan kuih ni, suka tngk kuih bingka tapi bersarang...dlm hati ni nak tanya je dngn tuan rumah resepinya...tapi malulah pulak. Orang ramai masa tu, jadi batalkan niat yg murni tu. Bila dah jumpa resepi, apalagi saya pun buatlah kuih bingka ambon ni...puashati betul sebab menjadi sarangnya. Kali ni saya guna loyang je, dan Kak Wan guna acuan2 kecil...lain kali saya nak guna acuan muffin pula. Kalau kawan2 teringin tu bolehlah mencuba resepi ni. Terima kasih pada Kak Wan kerana berkongsi resepi yg sedap ni.




Bahan-bahan ( 14 biji )
  • Bahan A
  • 1 sudu besar yis segera
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 125ml air suam
  • 150gm tepung gandum
Bahan B
  • 150gm tepung ubi
  • 300gm gula pasir
  • 5 biji telur ayam
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 1 sudu teh esen pandan/vanila
  • 50ml air daun pandan
  • 1/4 sudu teh pewarna hijau
  • mentega cair utk meleser
Bahan C
  • 450ml santan pekat dimasak hingga mendidih dan disejukkan.
  • Hiasan : Bijan
Cara-cara
  1. Bancuh bahan A dalam mangkuk yang besar hingga rata dan perapkan selama 1 jam, biar adunan mengembang.
  2. Pukul telur, gula, esen pandan dan garam hingga kembang. Masukkan kedalam bahan A, gaul perlahan-lahan sambil masukkan tepung ubi sedikit demi sedikit. Kemudian tuangkan bahan C, santan yang telah disejukkan tadi. Kacau rata dan masukkan air daun pandan dan pewarna hijau. Kisar sekejap dengan blender dan perap adunan selama 2 - 3 jam.
  3. Leser acuan dengan majerin dan panaskan dalam oven selama 10 minit. Masukkan 3/4 adunan kedalam acuan-acuan kecil. Tabur bijan atau kepingan badam dan bakar pada suhu 160c api atas dan bawah selama 40 minit hingga permukaan adunan mengerutu dan kekuningan.
  4. Cucuk dengan lidi jika adunan tidak lagi melekat, bolehlah diangkat.
  5. Kuih ini melekit sewaktu dipotong ketika masih panas tetapi akan bertambah lembut jika dibiarkan sejuk (4 - 5 jam) pada suhu bilik.

16 comments:

  1. salam Yatie..rasa nak cuba jugak la :)tak pernah makan bingka yang cam kek sarang lebah ni.Masuk list dulu ya.T.kasih

    ReplyDelete
  2. Salam, rajin betul Kak Yatie buat bingka. Cantik pulak tu... berselera nak makan..

    ReplyDelete
  3. ermmm aah lah yatie .. akak tgk mcm best jer .. nak buat x der oven layie ...
    tumpang jamu mata jer lahhh :)

    ReplyDelete
  4. cantik..macam kek apa nama tu? lupa lah pulak...btw, ni 1st time tengok bingka ambon ni...camner rasanya ye?

    ReplyDelete
  5. salam..
    kak yatie... cantiknya bingka nie, satu hari nanti tentu Qira akan mencuba resepi ini....

    ReplyDelete
  6. salam yatie, kita dah 3x buat bika ambon tapi recipe dari seberang TAK JADI!!..nanti bila2 kita masukkkan entry tenatng bika ambon yang tak jadi..sarangnya jadi tapi rasanya tak jadi..hehehe..

    ReplyDelete
  7. nampak lembut jer bingka ambon ni....nnti nk try wat gak la....

    ReplyDelete
  8. salam yatie... mama pernah mkn bingka ambon kat rumah kenduri baru2 ni, sedap dan cantik pula tu lubang2 dia.dah lama simpan resipi kakwan ni tapi tak buat2 lagi.tengok yatie buat tingin la pula...jamu mata dulu laa..

    ReplyDelete
  9. Salam k yatie.. tak pernah pulaklah makan bingka ambon ni..Ada nama lain ke? Hehehe teruk betul Naz ni kan...Apa2 pun cantik betul kaler hijau tu.."Hijau mata hitam ku"

    ReplyDelete
  10. salam yatie.. kak ilah dah print resepi mcm biasa mesti nak cuba hasil dr resepi yatie yg pasti menjadi..

    ReplyDelete
  11. slm kak atie..menariknya bingka ambon tu..insyallah kene cuba tu..

    ReplyDelete
  12. Salam Yatie, mmg tergoda tengok bingka Ambon ni...Selalu kalau pembantu balik Medan dia mesti bwk balik bingka Ambon mcm ni, tp warna kuning & bersarang2 mcm kek srg lebah, cuma rasa x mcm kek srg lebah...mmg sedap rasanya..mesti nak cuba resepi ni,kot2 mcm yg kat Medan tu..

    ReplyDelete
  13. First time tgok bingka ambonni...nampak cam best la kak...lembut gebu jer......mesti sedap kan.....:) nak minta izin keep this recipe yer kak....:)

    ReplyDelete
  14. menarik bingka ni. first time tengok bingka ada rongga2 mcm kek gula hangus ni.
    blh try ni...
    thx yatie.

    ReplyDelete
  15. kak yatie, kat sabah neh biasa jg izan nampak org buat bingka neh.. tp tu lah mula2 pelik sebab ada sarang.. ingatkan dia letak pewarna ijau. rupa2nya neh bingka ambon plak.. hehe.. nice sharing kak..

    ReplyDelete
  16. salam yatie...wahhh kalau yatie buat bingka memang selalunya menjadi dan nampak sedap sekali...ima pun teringin lak nak merasa...ada kesempatan nnt nak cuba jugak la...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails