Sunday, November 7, 2010

Tempe Tumis Lengkuas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Dah masak ke belum? Rasanya ramai yg dah masak utk makan tengahari dan sudah tentunya menu istimewa di hari minggu ini. Hari ini saya masak ringkas je sebab sebentar lagi nak pergi jemputan kenduri kahwin, aktiviti memasak tetap seperti biasa. Lagi pun semuanya ada, jadi bila dah petang2 tu mestilah lapar semula. Ini adalah sayur ringkas iaitu tempe tumis lengkuas. Suami saya cukup suka dengan tempe ni lebih2 lagi bila di masak begini. Jom kita tengok bahan2 yg di perlukan.


Bahan-Bahan
  • 4 keping tempe
  • 1 mangkuk sedang kobis yg di hiris
  • 1 btng lada merah-potong serong
  • 1/2 cwn ikan bilis*
  • 3 ulas bwng putih*
  • 5 biji bwng merah*
  • 5 biji cili hijau/merah*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 cwn air
  • 1 cwn santan pekat
  • sedikit minyak utk menumis
Cara-Cara
  1. Tempe di potong serong, kobis di hiris, cuci dan ketepikan dulu.
  2. Tumbuk bahan2 yg bertanda* sehingga sedikit lumat.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg di tumbuk, tumis sehingga naik minyak.
  4. Masukkan tempe yg dipotong serong dan kacau. Masukkan air dan gaul lagi.
  5. Setelah hampir separuh masak, masukkan santan dan masukkan pula kobis yg di hiris.
  6. Masukkan garam secukup rasa dan masukkan lada merah yg di potong serong.
  7. Gaul sebati dan perasakan...masak hingga mendidih. Setelah siap matikan api dan bolehlah di hidangkan.

5 comments:

  1. kak yatiey... mmg sedap masak cam gini... siap btambah2 la mkn nasi :)

    ReplyDelete
  2. akak dtg lambat la yatie,naik bas sangkut2.ada lagi tak sayur ni?pebret akak tempe2 ni tau.
    goreng pisang kat bawah tu pun nampak sedaaaaap sgt..huhu

    ReplyDelete
  3. Kalamhati= mmng sedap msk tempe mcm ni...

    Moklong= betul tu....nasi kena lebih, lauk pun lebih gak...kih3..

    Anymz= selera kita samalah...yatie suka msk tempe mcm ni..pedas2 sikit lagi sedap....pisang bukan sebarang pisang tu.....tanduk youuuuu...hi3..

    ReplyDelete
  4. resepi yg simple....besnya...thnks sbb bagi idea apa yg nk dimasak ari nii..hehhee

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails