Thursday, November 4, 2010

Ayam Masak Merah Beriani

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Bertemu kembali dngn menu masakan yg istimewa sikit hari ini. Sebenarnya saya masak ayam beriani dan di makan bersama nasi serai. Semalam jln2 rumah K.Nor, ternampaklah resepi ayam ni....alang2 bahan2 pun ada kat rumah, apalagi saya pun memulakan projek memasak ayam ni. Resepi asal adalah dari Jun JC dan saya C&P dari K.Nor. Terima kasih kepada penyumbang resepi. Sebelum ini pun saya pernah masak ayam beriani resepi Kak Liza, boleh lihat DI SINI....mmng tak jauh beza rasanya....sedap sangat. Saya masak jenis berkuah sedikit sebab mmng keluarga saya suka masakan berempah yg berkuah. Terpulang kepada selera masing2 ya....nak yg kering ataupun berkuah. Jom kita lihat bahan2nya.


AYAM MASAK MERAH BERIANI ~ Jun JC
  • 1 ekor ayam- potong ikut suka dan gaul garam kunyit kemudian goreng lembap, ketepikan
  • 2 helai daun pandan -simpul
  • 1/2 cawan daun ketumbar dihiris
  • 1 helai daun salam ~ k.nor tak letak
  • 3 biji buah tomato- potong dadu besar2
  • 1 btg kayu manis, 2 bunga lawang, 2 cengkih, 4 buah pelaga ( 4 sekawan)
  • Garam & gula secukupnya
  • 1 cawan air ( kalau nak berkuah bolhe tambah air lagi)
Bahan kisar:
  • 3 biji bawang besar
  • 2 sudu besar pes bawang putih
  • 2 sudu besar pes halia
  • 4 sudu besar serbuk lada babas ( nk pedas letak lebih lagi)
  • 2 batang serai
  • 1/2 in lengkuas
  • 2 sudu besar rempah briyani
  • 2 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk jintan kasar
Bahan sos:
  • 1 cawan susu cair
  • 1/4 cawan sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 6 ulas badam & 6 ulas gajus di kisar halus
  • 2 sudu besar tomato puree
  • 1 sudu besar madu
Hiasan:
  • Kacang peas ~ tak letak, tabur daun bawang jer
Cara Memasak:
  1. Gaul ayam dan sedikit kunyit dan garam.( dalam resepi asal tak gaul ayam dengan garam dan kunyit. Kunyit hidup dikisar dan letak semasa menumis).
  2. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga separa masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumis/kisar hingga naik baunya./
  4. Kemudian masukkan ayam dan biarkan hingga sebati.
  5. Perasakan dengan garam dan gula.
  6. Angkat dan hidang.
Updated:
lupa nak mention, k.nor tambah 2btg serai yg dihiris halus dan ditumis sekali dgn bahan2 tumis.. lg syok bila ada extra serai gitu, saya pun buat mcm K.Nor tambah serai. :)

9 comments:

  1. salam yatie,
    wah ada ayam merah beriani ni mesti ada nasi special to go along with it ..sedap & berselara nampaknya tu.

    ReplyDelete
  2. salam yatie, mmg sedap kan.. lauk ni lagi lama lg best..

    ReplyDelete
  3. wah dah lama kak yatie tak kuar menu ayam nih...hehe..dah masuk list.buatnya tak

    ReplyDelete
  4. salam kak..sedapnya pekena lauk ni kat Segamat tgh hujan..mintak sepinggan kak..lapolah hehehe..

    ReplyDelete
  5. salam yatie wah sedapnya ayam beriani ni

    ReplyDelete
  6. nampak sedapp la, masuk list gak...nanti mesti buat...

    ReplyDelete
  7. Walaupun tak makan ayam...tetap menawan hati...tengok persembahan tu Dik!....air sejuk kalau berais lagi bagus buat bancuhan jemput2 atau cekodok!...lebih ranggup!

    ReplyDelete
  8. salam.. sedap jer nampak dlm gambar tu. kena try buat ni...

    ReplyDelete
  9. sedapnya... mesti kena cuba nih...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails