Friday, November 26, 2010

Bingka Gula Melaka

Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Hari ni saya buat kuih bingka gula melaka. Rasa lemak2 manis bingka ni membuatkan ianya sungguh sedap dan istimewa sekali. Cara membuatnya pun mudah. Resepi asal adalah dari K.Fida di MyR. Banyak resepi dari K.Fida yg saya telah cuba, kebanyakkannya menjadi. Kalau kawan2 nak rasa tu, bolehlah cuba buat sendiri ya...pasti tak mengecewakan.




Bahan-bahan ( loyang 10x10 inc. )
  • 175 g tepung beras
  • 3 1/2 sb tepung Hoen Kwee (saya guna tpng jagung je)
  • 100 g gula pasir (akak guna 50 g)
  • 1/2 sk garam
  • 875 ml santan pekat*

  • 150 ml santan cair
  • 200 g gula melaka
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • 1 sb air kapur (opt)
  • 1 sk pewarna choc. (saya tambah 1sb pewarna coklat)
Cara-cara
  1. 5 bahan pertama dikacau dan tapis.
  2. Santan cair,gula melaka dan daun pandan dimasak mendidih.Tapis.
  3. Satukan kesemua bahan2 dan masak hingga pekat.Tuang adunan dan ratakan di dalam loyang yang digris dan bakar selama 40-45 min. pd suhu 160C.Untuk mendapatkan permukaan kuih yang garing,bakar dengan api atas sebentar.sejukkn
  4. Biar kuih benar2 sejuk,potong dan hidangkan.
=>Utk resepi di atas, saya menggunakan santan kotak kara 200ml sebanyak 2 kotak. Ambil 50ml dan tambah air sebanyak 100ml utk menjadikan sebanyak 150ml santan cair.
=>Gunakan pula selebihnya(150ml santan+200ml santan) dan tambahkan air utk menjadikan jumlahnya 875ml santan pekat.(350ml santan+525 air=875 santan pekat)

10 comments:

  1. wahh..resepi baru nih...boleh masuk list..klu kak yatie kta istimewa mesti sodap jugak kat tekak saya nih..

    ReplyDelete
  2. Izah,
    Kuih ni kena betul2 sejuk, barulah di potong....mmng lembut,lemak dan sedap sangat....guna tpng beras yg buatkan kuih ni lembut je....cubalah....(akak taip sambil mkn kuih ni..hah3)

    ReplyDelete
  3. sedapnyer kak... pantang btol nampak bingka2 nih! lagi lagi bab corner ping ping tuh! pergh!!

    ReplyDelete
  4. Salam
    Saya suka mengikuti setiap perkembangan blog KAK YATIE.....

    SAYA SUKA BLOG AWAK LA

    http://qiraddapur.blogspot.com/2010/11/saya-suka-blog-awak-la.html

    ReplyDelete
  5. Hana,
    Mmng sedap kuih bingka ni..kalau yg kerak2 tu lagilah....mau berebut dngn suami..tapi bingka ni kena tngk betul sbb adunan dah coklat...tngk tak garing2...takut geseng jek...

    Yusa,
    cubalah...mudah je...sedap pulak tu....

    ReplyDelete
  6. Qira,
    wkmsalam, terima kasih kerana mengikuti perkembangan blog akak...suka dan terharu di buatnya...akak pun suka pergi blog Qira sbb Qira rajin mencuba dan hasilnya amat memuaskan...

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum...

    mak ai kak sedapnye....kuih orang dulu2 ni lah salah satu rin suka...bingka ubi....susah nk cari yg sedap....

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum ...

    sedapnye kuih lama22 ..antara kuih favourite sy

    ReplyDelete
  9. bingka chesse ada ker resipi nya...? nak bleh..;)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails