Monday, June 27, 2011

Kuih Lapis Tembikai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya nak kongsikan bersama resepi kuih lapis tembikai yg saya buat petang semalam. Kuih ni menarik warnanya seakan2 seperti buah tembikai. Sebelum ni saya pernah buat kuih lapis ni, tapi adunan tu keras sedikit. Kali ni saya dah buat lagi dan hasilnya amat memuaskan hati. Terasa kuih yg lembut, lemak manis dan kenyal2 manja gitewww. Kuih ni lembut seakan2 resepi kuih lapis nyonya. Saya mmng suka kuih2 yg macam ni. Pada peminat kuih talam atau kuih lapis tu, bolehlah mencuba resepi ni. Jom kita semak bahan2 yg di perlukan.




Bahan- Bahan.(loyang 9")
  • 2 1/2 cwn tepung beras
  • 1 1/2 cwn tepung ubi
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil air kapur
  • 4 cwn santan sederhana pekat (saya guna santan kotak kara 200ml....saya guna 2 kotak tambahkan air selebihnya)
  • pewarna hijau dan merah
  • cincau secukupnya- di potong kecil
Bahan perlu di masak dan jadikan sirap gula..
  • 1 1/2 cwn gula pasir
  • 1 cwn air
  • 3 helai daun pandan
Cara Menyediakannya
  1. Masakkan bahan untuk sirap hingga gula cair dan sedikit didih. Biarkan seketika hingga suam. Masukkan santan dan garam, kacau rata.
  2. Satukan ke semua tepung, garam dan air kapur. Masukkan campuran sirap dan santan, kacau rata dan tapis. Saya sukat adunan tu dan dapat dlm 7 cwn kesemuanya.
  3. Bahagi kepada 3 bahagian:
  4. Lapisan Bawah : ambil dlm 1 1/2 cwn dan letak pewarna hijau
  5. Lapisan Tengah: ambil dlm 1 1/2 cwn dan biarkan warna asal/putih.
  6. Lapisan Atas : ambil 4 cwn dan letak pewarna merah, bahagikan pada 3 bahagian pula. Ambil 1 1/2 cwn utk merah pertama, 1 1/2 cwn utk lapisan merah kedua dan 1 cwn utk lapisan merah terakhir)
Cara memasak kuih
  1. Panaskan pengukus. Saya guna loyang 9 inci. Alaskan plastik di permukaan loyang dan sapukan sedikit minyak di sekelilingnya.
  2. Tuang adunan hijau sebagai lapisan bawah kedalam loyang. Kukus selama 5-7 minit/hingga masak dengan api sederhana kuat.
  3. Setelah masak,baru lapiskan dengan lapisan tengah/warna putih dan kukus lagi selama 5-7 minit.
  4. Selepas tu lapiskan 1 1/2 cwn lapisan merah dan taburkan sedikit cincau di atasnya. Kukus lagi selama 7 minit.
  5. Setelah masak lapiskan 1 1/2 cwn lagi warna merah dan taburkan sedikit cincau. Kukus lagi selama 7 minit.
  6. Akhir sekali lapiskan dngn lapisan merah 1 cwn dan kukus selama 20 minit dngn menggunakan api sederhana.(jumlah warna merah kesemuanya 4 cwn)
  7. Setelah masak, buka penutup tapi jngn matikan api dan biarkan lagi kukus selama 10 minit. Setelah siap, matikan api dan angkat.
  8. Biarkan sehingga betul2 sejuk barulah di potong.
**Kuih hendaklah betul2 sejuk..barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan rata dan cantik.

39 comments:

  1. Salam kak yatieeee!!!!! salam pagiiiiii!!!! akak sihat??? kita baru nak jalan2 ni kak, enjin masih suam2 kuku lagi hihihi... kuih tu kalau akak tak kopek layer dia tu mmg tak perasan mcm kuih lapis :D cantek!!! masuk list sbb kita suke kuih2 gini :D

    ReplyDelete
  2. As'salam Yatie

    alahai..kak ct kalau masuk sini suka betul. macam nak belajar dengan yatie jer melapis2 ni. suka sangat hasil dr tangan yatie ni. nampak cantik jer. meh tukar dgn lompang eh :D

    ReplyDelete
  3. kak yatie....
    cantikk la kuih lapis tembikai tu..
    kretifff....

    ReplyDelete
  4. yatieee..adee jer yg buat akak musss tergodaaaa....simpan lagi resepiii .t.k.

    ReplyDelete
  5. ooo saya tau canner rasa dia... rasa dia kenyal2 sikit kan.goyang2 gitu sebab tak de guna gandum pun kan.. best best.. dah la lawo..kak yatie bagi skill skit kat sana nak melapis kak yatie. hehe

    ReplyDelete
  6. hamboii siapmain cak ba cak ba eh...hehe

    ReplyDelete
  7. asslam yatie...tergoda ima tengok kuih2 lapis yatie buat semuanya cantik dan sedap...terutama yang terbaru ni...nak simpan resepi lah...kut2 terrajin nak buat...hihihi

    ReplyDelete
  8. sedapnya nampak kak.. comel2.. suka tengok kuih2 gini.. nak makan pun berselera

    ReplyDelete
  9. kak yatie ni memang ratu talam laa...memang cantik kejadiannya..eina ni kerastangan sikit..msti x cantik kalau wat talam..hehehe

    ReplyDelete
  10. amboi... merahnya mak ngah... kalah tembikai betul nih... nak try buat jugak la

    ReplyDelete
  11. Salam yatie.Cantiknya kueh lapis.Macam-macam pesen ya,kreatif sungguh.Ada lagi ke???

    ReplyDelete
  12. morning kak yatie..
    cantiknya kuih lapis tembikai akak... tun kurang kesabaran sket bab melapis2 nih.. hehe

    ReplyDelete
  13. kuih lapis tembikai la plak...mcm2 kak yati ni buat :) semua sedap2. akak, tepung hoen kwe leh buat masak apa lagi ek?

    ReplyDelete
  14. Yatie...Kak noor ingatkan ada puding tembikai je...kuih lapis pun ada juga ya...boleh selak2 lagi...mesti cuba ni..tapi tak tau bila...

    ReplyDelete
  15. Kak Yatie..

    Kuih lapis tembikai lai.. ari tu punya puding tembikai pun Naz tak terbuat lagi..Ni dah kuar kuih lapis tembikai lak..

    ReplyDelete
  16. as-salam kak
    nampak sedap lapis tembikai tu..rajin kak melapis..

    ReplyDelete
  17. @ijayuji
    wkmsalam, mmng sedap kuih ni....cubalah...

    ReplyDelete
  18. @CT Delima
    wkmsalam, alahai buat mcm kuih lapis biasa je kak...mudah je..uwaaa sedap tu kuih lompang..kegemaranku.tq K.CT.

    ReplyDelete
  19. @Mas
    mekaceh Mas, kalau teringin tu bolehlah cuba..sedap kuih ni.

    ReplyDelete
  20. @ilahjy
    selera kita kan sama kak...mehlah melapis kak....sedap kuih ni...

    ReplyDelete
  21. @izahdaut
    dah betullah tu teka..rasanya kenyal2 manje dan lemak manis..skill melapis tu mcm biasa je...cubalah Izah, mmng menarik dan sedap kuih ni..

    ReplyDelete
  22. @sasha rahmat
    hah3...tu dia kuih lapis main cakkkk baaaa..caakkk baaaa.....ekekekkeke..

    ReplyDelete
  23. @ima
    wkmsalam, tq Ima...yatie mmng suka wat kuih lapis sbb menarik kalernya....sedap pulak tu...bila teringin tu bolehlah cuba...

    ReplyDelete
  24. @Juwita Jamaludin
    alalallalala adik akak dtng...nah akak bagi sepiring..kalau nak lagi buat sendiri ya...pastu bagi akak rasa plk...adilkan.....kih3..

    ReplyDelete
  25. @eina
    uishhhh mana ada ratunya tu..sekadar minat membuat kuih2 mcm ni jek....kuih ni mcm wat kuih lapis gak...cubalah, sedap tawww..

    ReplyDelete
  26. @Sue
    hah3..terlebih warnalah pulak..tapi menarik bila terang mcm ni...sesekali apa salahnya kan..

    ReplyDelete
  27. @Puan Ros @ Tadika Sinaran Intelek
    wkmsalam, tq singgah sini...kuihnya dah abeslah...kalau teringin tu bolehlah cuba..sedap tau..

    ReplyDelete
  28. @tun_telani
    wkmsalam, tq Tun, akak mmng minat wat kuih2 mcm ni...sesekali tu, bolehlah cuba melapis Tun...sekejap je dah siap...

    ReplyDelete
  29. @Hanimsesuatu yg baru bila buat kuih lapis mcm ni..cubalah..tpng hoen kwe biasanya leh buat puding..cari je resepi2 puding tu...

    ReplyDelete
  30. @noorsafone
    menarik kak kuih lapis tembikai ni..cubalah, sedap pulak tu..

    ReplyDelete
  31. @Naz
    owww kalau mcm tu Naz kena buat dua2 sekalilah..puding tembikai dngn kuih lapis tembikai..mmng sedap kedua2nya..

    ReplyDelete
  32. @ady
    wkmsalam, mmng sedap kuih ni...cubalah, akak mmng minat wat kuih2 mcm ni...

    ReplyDelete
  33. to Nazrah Bakery,
    hah3..siap selak2 ya...main caakkk baaa lagi kuih ni...cubalah, sedap tau..

    ReplyDelete
  34. wow cantiknya!...kuih lapis versi tembikai yg menarik..saya pun suka buat kuih melayu gak kak. nk jadi anak murid akakla.simpan resepi dulu yer...hehe

    ReplyDelete
  35. waduuhh..pjgnnya komen..ni tak tahan tgk..merah menyala tembikai..mahal rega nya tu..hehe.
    kak..nak tanya air kapur tu kita bancuh kapur pekat2 ke cair2 gitu?

    ReplyDelete
  36. cantik kak!!! e-na mmg failed la bab2 kuih kukus ni...k.yatie guna tpg beras brand apa ye

    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum akak..
    wow! cantik n menarik kuih lapis tu akak.. mula2 tgk ingatkan puding tembikai lg tadi.. bila baca terus terpegun ngan hasilnya.. kreatif sungguh akak ku sorg nie... cantik!!!!

    ReplyDelete
  38. Salam Kak Yatie... sy mmg penggemar kuih2 talam ni... selalu jgk jenguk2 dapur kak Yatie n cuba resepi kat sini... mmg semua sdap2 blaka...drp minat terus bt bisness kuih ni bila ramai kwn2 nk order. Jd sy minta izin gna resepi2 Kak Yatie bt bisness, boleh ke?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails