Wednesday, June 11, 2014

Mee Rebus

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni nak kongsi resepi mee rebus mudah yg kerap saya buat. Kalau jemu dah makan nasi, mmng sesuailah sesekali masak mee macam ni. Biasanya kalau beli tu, dpt sekali makan je kan, bila buat sendiri tu...dptlah suami dan anak2 makan berulang kali. Kebetulan mmng kegemaran diaorng mee rebus ni. Resepi pernah di kongsikan di SINI. Pada yg masih tercari2 resepi mee rebus mudah tu, bolehlah mencubanya. Jom semak resepinya...




Bahan-bahan

  • 1 kg mee kuning (di celur dan di toskan)
  • 2 cwn taugeh ( buang akarnya, celur dan toskan)
  • 4 biji telur ( direbus dan di belah 2)
  • 4 kpg tauhu ( di goreng dan di hiris nipis)
  • Cili merah dan Cili hijau (hiris)
  • bawang goreng
  • limau kasturi secukupnya (di belah 2)
  • daun sup dan daun bawang (di hiris)
*UTK KUAH*
  • 500 gm daging (di hiris nipis dan di rebus hingga empuk, kalau guna daging btng pinang takyah rebus dululah...terus masak je..)
  • 4 biji keledek saiz sederhana( di rebus dan di lenyek halus/blend)
  • 15 tangkai cili kering *- saya guna 4 sudu besar cili kisar
  • 10 biji bawang merah *
  • 5 ulas bawang putih*
  • 2 batang serai*
  • 3 sudu besar udang kering *-cuci, rendam dan toskan
  • 2 sudu besar serbuk kari daging *(* bahan2 yg perlu di kisar halus)
  • 1 cwn air atau secukupnya untuk blend bhn2.
  • 2 cwn santan pekat
  • 2 kpng asam keping
  • 2 btng serai- di ketuk
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis.
  • 4 cawan air atau secukupnya- ikut kepekatan yg di sukai ya
Cara-cara
PENYEDIAAN AWAL
  1. Hiris daging nipis2 dan rebus hingga lembut.
  2. Kupas keledek, potong kecil dan rebus hingga lembut, lenyek keledek hingga halus. Ketepikan.(Yatie blend je dan tambah air ya semasa blend keledek)
  3. Sementara itu rebus telur....dah siap, kupas kulit telur dan biarkan ketepi.
UNTUK KUAHNYA
  1. Kisar bahan yang bertanda*
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar hingga wangi, masukkan serai yg di ketuk. Masukkan daging rebus bersama air rebusan daging dlm 2 cawan.
  3. Bila mendidih, masukkan keledek lenyek tadi, kacau hingga rata.
  4. Tambah sedikit air jika perlu.
  5. Perasakan dengan garam dan gula (selalunya kuah mee rebus mmg ada rasa sedikit manis) dan biar mendidih.
  6. Masukkan santan dan asam keping, masak hingga pekat.
  7. Rasa dan jika ok, boleh dimatikan api.
PENYEDIAAN MEE REBUS
  1. Masukkan sedikit mee dalam mangkuk, susun tauhu dan telur rebus, cedokkan kuah bersama2 isinya dan tuang atas mee, hias dengan taugeh, taburan daun bawang/daun sup, bawang goreng, hirisan cili hijau dan belahan limau kasturi.
  2. Siap dan bolehlah di makan..yummyyyyy...

5 comments:

  1. Aduh laa... terlior dibuatnya...

    ReplyDelete
  2. Sedapnye kak yatie...terliurr..kene copy resepi ni..bole buat bila ade masa free nnt..

    ReplyDelete
  3. alahaiiii..sedap sgt ni mee rebus akak,,nk resepi ni yerr

    ReplyDelete
  4. baru tadi buat ....bole tahan.sedap gak aku buat he2....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails