Saturday, June 21, 2014

Kuih Koleh Kacang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya nak kongsikan resepi kuih koleh kacang yg paling sedap. Resepi ni mmng sedang elok je kejadiannya, tak terlalu keras dan tak terlalu lembik....sedang2 elok je. Resepi Chef Asma ni mmng terbaiklah. Saya mmng suka resepi2 dari beliau, banyak juga resepi dari beliau yg telah saya cuba dan kebanyakkannya menjadi dngn jayanya. Resepi ni juga saya kopipes dari Ita Rohaya Homemade Bakery. Terima kasih pd keduanya kerana berkongsi resepi dan izinkan saya panjang2kan resepinya di sini. Pada peminat kuih2 mcm ni, bolehlah cuba resepi ni. 




 
KOLEH KACANG- loyang 10x10x2 inci
Sumber: Kelas Chef Asma

BAHAN2
(A)
  • 400gram gula merah
  • 100gram gula halus
  • 300ml air
  • 1 helai daun pandan
(B)
  • 300gram tepung kacang hijau
  • 1tsp garam
  • 400ml santan pekat
  • 1300ml air

Cara2
1. Masak bahan2 (A) sehingga mendidih hingga gula hancur, tapiskan menjadi 500ml ( jgn sampai air gula pekat)

2. Satukan bahan (B), kacau hingga sebati tapiskan dalam kuali.

3. Masukkna bahan (A) ke dalam bancuhan (B), kacau diatas api sederhana besar sehingga pekat dan tak melekat di periuk.jgn terlebih pekat sgt nanti jadi kuih plastik(Masukkan 1 ½ tbsp minyak supaya berkilat)

4. Bila masak tuang kedalam loyang yang telah dilapik kertas & disapu marjerin.

5. Tabur tahi minyak ketika adunan masih panas supaya tahi minyak melekat di atasnya.

TAHI MINYAK & CARA2NYA
300ml santan pekat + 1/8tsp garam
(dimasak dengan api perlahan hingga menjadi tahi minyak & warna kekuningan, tapis supaya tahi minyak tidak hitam & tabur di atas kertas).
*minyaknya jangan dibuang, guna 11/2 tbsp masuk ke dalam adunan supaya berkilat
 
**Yatie masak adunan kuih koleh kacang selama 40 minit guna api sederhana je. Sentiasalah di kacau supaya adunan tak bergentel Bila dah siap, tutupkan api dan tuangkan dlm loyang yg telah di gris dngn minyak/marjerin. Taburkan tahi minyak ketika masih panas lagi.

5 comments:

  1. antara kuih feveret saya tapi weirdnya dalam family saya je yang suka..
    entahla belajar makan dari mana :D

    ReplyDelete
  2. Assalam,

    Wah tak pernah buat selama ni asyik membeli aja. Nengok resepi macam senang buat.
    Terima Kasih berkongsi resepi.

    ReplyDelete
  3. T kasih kak yati sbab sudi cuba resepi chef asma dr blog ita. Selalu ita buat perlu lama sgt kacau tu. Mula ita masak guna api kuat & kacau x henti smpi pekat br ita pelankan api. Jadi skejap ja.

    ReplyDelete
  4. Tengok mcm senang...masaknya mcm msak dodol.kna kacau je smpai likat..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails