Friday, November 18, 2011

Talam Roti Lapis Coklat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang tadi saya buat talam roti lapis coklat resepi Kak Wan. Sejak nampak K.Wan tayang aritu, tak sabar rasanya nak buat dan merasa kesedapan kuih ni. Bila dah buat ni, barulah tau betapalah sedapnya kuih talam ni. Bahan2nya simple je dan cara membuatnya pun mudah. Pada kawan2 yg nak merasa tu, bolehlah mencubanya. Terima kasih pada K.Wan kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya.




Bahan-Bahan
  • 4 keping roti sandwich - buang tepi, siat kecil + rendam dgn 100 ml air
  • 50 gm gula pasir
  • 1/4 sudu teh garam
  • 200 ml santan KARA
  • 100 ml air
  • 60 gm tepung beras
  • 20 gm tepung sagu/tpng ubi
  • 1 sudu teh coklat emulco
Acuan Lompang (10-12 biji)- Yatie guna acuan lain dan buat 2 adunan sekali....sedap betullah.

Cara-cara :
  1. Masukkan roti yang direndam ke dalam pengisar. Ketepikan.
  2. Satukan air, santan, gula dan garam, masak hingga gula larut. Biarkan suam. Masukkan tepung beras dan tepung sagu, gaul rata.
  3. Tuang campuran tadi ke dalam pengisar dan kisar bersama roti yang di rendam hingga halus.
  4. Bahagikan kepada 2 bahagian, satu warna asal dan satu lagi di campur dengan coklat emulco.
  5. Tuang warna asal, kukus selama 5 minit dalam pengukus yang di panaskan terlebih dahulu.
  6. Tanpa mengangkat dari pengukus, tuang adunan coklat ke atas lapisan bawah tadi. Lap tutup pengukus dan kukus selama 10 - 15 minit dengan api sederhana hingga masak

22 comments:

  1. salam yatie..
    kak ilah dah print resepi ni masa K1 buat n3 tu..tapi yatie menang sebab yatie dah buat dah.. hehehe..tak leh jadi ni.. roti dah ada ni...sedapnya..nak rasa yatie punya dulu yaaa...mai sepiring..

    ReplyDelete
  2. kakakku kak yatie..
    wah.. talam yang ada lapis coklat my peberat ayu tau..

    nyammi. nak sepiring

    ReplyDelete
  3. menarik dan tertarik dgn kuih talam akak ni...nieza pun suka kuihx2 gini..masuk list dulula..harus dicuba nanti:)

    ReplyDelete
  4. salam kak yatie. akak ni ratu talam macam2 talam ada kat umah akak ni.. hihihii suka dengan hasilnya mulus je.. apam dot2 kat bawah tu warnanya pun menawan

    ReplyDelete
  5. Salam yatie,, mekasih sudi cuba.. Sampai 2 adunan sekali! K1 dh try yatie punya cucur jejari ketam satu adunan abis anak k1 mkn byk tu...hee hee

    ReplyDelete
  6. Assalam yatie,
    memang kita pun masuk list juga bila first time tengok hari tu...sama macam kak ilah dah siap print pun..cantik tengok ..rasa macam kuih ke macam puding yatie?..

    ReplyDelete
  7. Kak Yatie,amboi kak sejak da pengukus baru mkin kencanglah wat kuih2 kukus kan,akak kalo wat kuih2 talam mmg pakar n xdpt disangkal lagi dah,cantik..

    ReplyDelete
  8. simple nye ... memang comfirm kita cuba..

    ReplyDelete
  9. Tq atas resepi nya pasti sedap.. harus dicuba nanti..

    ReplyDelete
  10. salam yati...mmg betul cakap ct tu, cantik jer talam yg yati buat...

    ReplyDelete
  11. @ilahjy
    wkmsalam, yeay yeahhhhh yatie menang...hah3..klakorlah akak ni, ni saje je gara2 ada roti dan santan lebihan masak tadi...tu yg terus buat, cubalah kak..mudah dan sedap...

    ReplyDelete
  12. @Citarasa Rinduan
    boleh je, nah akak bagi sepiring..makan penuh nikmat ya..pastu tido lena...leh gitewwww..

    ReplyDelete
  13. @Nieza
    mmng akak teruja sangat bila Kak Wan tayang kuih talam ni, mmng mudah dan sedap sangat kuih ni...cubalah Nieza.

    ReplyDelete
  14. @Juwita Jamaludin
    wkmsalam, laarrrrr lagi sorang gelar akak ratu talam..klakor jekkkk..kalau teringin tu, bolehlah cuba..mmng sedap..

    ReplyDelete
  15. @Kakwan (K1) - citarasawan
    wkmsalam, mekaceh juga kak sbb berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni...nak buat lagi ni nak bagi mak rasa kat kampung...

    ReplyDelete
  16. @Ayu
    wkmsalam, cubalah Ayu, mmng sedap dan lembut je...rasanya macam kuihlah tapi rupanya mcm pudingkan....

    ReplyDelete
  17. @Zaliedana
    hehehehe..tulah mudah je guna pengukus trio ni, dlm kepala akak ni asyik nak mengukus jek....

    ReplyDelete
  18. @Nazrah
    mmng simple dan pastinya sedap...cubalah..

    ReplyDelete
  19. @Choco Ani
    sama2, cubalah mmng mudah dan sedap kuih ni..

    ReplyDelete
  20. @liza
    wkmsalam, terima kasih Liza..cubalah..

    ReplyDelete
  21. wah..menarik ni kak yatie..sedap ek?.

    ReplyDelete
  22. kuih talam kak yati licin mulus sokmo...jelezzz e-na tau...E-na x lulus lg kuih2 kukus ni...nanti boleh akak share gambar tepung beras yg akak guna utk buat kuih talam tak...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails