Sunday, August 21, 2011

Biskut Cornflakes Rangup 2



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Hari ni buat lagi kukis 2 jenis, bila dah siap tu sambung masak utk juadah berbuka puasa. Bila malam mcm ni dah terasa letih pulak. Maklumlah bila buat biskut ni, saya buat 2 adunan terus, senang tak payah nak berulang kali membuatnya. Bila siap terus je bahagikan pada 3, satu bekas utk mak, satu bekas utk mak mertua dan satu bekas lagi utk sendiri. Bila dah cukup 3 bekas tu bolehlah mulakan projek buat biskut yg lain....itupun kalau laratlah.

Sebelum ni pernah buat biskut cornflakes rangup ni di SINI. Memang ranggup dan sangat sedap....tiap2 tahun mmng wajib buat biskut cornflakes ni. Kalau kawan2 nak mencuba tu, bolehlah semak resepinya..



Bahan-Bahan
  • 250 gm mentega
  • 3/4 cawan gula aising
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 250 gm cornflakes(ramas2 sikit)
  • 2 cwn tepung naik sendiri
  • Mangkuk kertas secukupnya
  • Ceri merah dan ceri hijau-dipotong kecil
Cara-Cara
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.
  2. Setelah sebati, masukkan telur dan pukul lagi...setelah itu masukkan esen vanilla.
  3. Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes yg di ramas...gaul sebati guna senduk kayu je.
  4. Masukkan dlm mangkuk kertas dan hiaskan dngn potongan ceri merah dan hijau.
  5. Bakar dalam oven yg telah di panaskan pada suhu 170 C selama 20 minit.
  6. Biarkan sejuk di redai biskut.

16 comments:

  1. bila lah mood buat biskut raya nak datang ni?
    tolong seru boleh x?

    ReplyDelete
  2. Sekut kak yatie ni mmg dlm list nak buat. Tq kak

    ReplyDelete
  3. sedapnya tengok biskut raya tu kak..
    nampak rangupp jerk..

    ReplyDelete
  4. Kak Yatie.. Naz amik resepi eh.. Biskut cam ni mmg mendapat sambutan selalunya...

    ReplyDelete
  5. salam Ramadan kak yatie...sedapnya biskut raya..

    ReplyDelete
  6. biskut yg jadi kegemaran suatu ketika dulu

    ReplyDelete
  7. Salam Yatie...waaah cornflakes jugak, pasti sedap la kaannn....jenis kukis x nyesal punya namanya nih..hehhee

    ReplyDelete
  8. saya buat yg madu tu senang xyah gune mixer sbb anak kecik kang kacau hehehe. tu pon br buat jer time somi ade...

    ReplyDelete
  9. amboi kak Yatie..siap dok dlm balang dah tu..lain kali buat 4 balang yer kak..1 utk saya..hehe
    pst : link akak kat chatbox silap taip kot..bila klik keluar blogger not found..mayb sbb akak taip..hamka kat blkng skali..

    ReplyDelete
  10. salam yatie - wah sedap nya cookies ni cepat laris..cepat abis

    ReplyDelete
  11. kak... kalau tak ada mesin pemutar boleh 'pukul' mentega dengan gula ising manually tak?

    ReplyDelete
  12. salam ramadhan yatie

    akak pun nak buat gak ni..tapi tunggu anak pempuan balik dulu lah

    ReplyDelete
  13. ermmm..yum yum...sapa2 yg tak wat lagi..baik wat..saya dah wat ari raya aritu..mmg best...rangup jerk...terbaikkkkkk...

    ReplyDelete
  14. ermm..yum yum...saya dah wat biskut nie...mmg terbaiikkkkk ler...rangup jerk biskut dia..tq k.yatie..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails