Wednesday, August 3, 2011

Ayam Ros Pandan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Hari ni saya nak kongsikan bersama resepi Ayam Ros Pandan yg saya masak semalam. Lauk ni seakan ayam masak merah tapi ada kelainan sedikit. Kalau nak tau keistimewaannya, bolehlah mencubanya. Resepi ni saya ambil dari Mat Gebu sekali lagi. Terima kasih Mat kerana berkongsi resepi yg sedap ni. Izinkan akak kongsika kat sini pula ya. Rasanya ramai kawan2 yg dah mencubanya....anda bila lagi. Jom semak resepinya.



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 7 - 8 keping ayam (guna bahagian peha dan kepak, lagi sedap)
  • 2 batang serai, dititik
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 helai daun pandan, koyakkan dan simpul
  • 1 cawan air
  • 1 camca besar gula melaka
  • 2 camca besar bawang goreng
  • Sedikit gula
  • Garam secukup rasa
  • 1 batang kayu manis
  • Hirisan daun bawang, untuk hiasan
  • Bawang goreng untuk hiasan.
BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato merah
  • 7 biji cili merah
  • 2 biji buah keras
  • 1/2 inci halia
  • 1/3 inci lengkuas
  • 1 camca besar sos tomato
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibersihkan, gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng embal2 (lembap2 jangan garing sangat). Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus bersama serai, daun pandan, daun limau purut dan kulit kayu manis hingga wangi dan garing. Tuang air dan kacau rata. Masukkan ayam tadi, gaul dan kecikkan api, Masak hingga pekat.
  3. Tambah gula melaka, garam secukup rasa dan bawang goreng, kacau rata dan masak sekejap lagi hingga kelihatan sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan taburan daun bawang dan bawang goreng..

5 comments:

  1. assalamualaikum kak..wah..sedapnyer ayam ni..

    ReplyDelete
  2. aslmkum yatie.. puasa2 mkn mcm ni .. pedas2 sikit mmg myelerakan..

    ReplyDelete
  3. Yatie...kak cek dtg hari ni nak tumpang bebuka rumah Yatie...waaaa...sumenya sedap2....pegi rumah kengkawan menu sumenya buat telan air liur...ish2 kak cek ni....posa..posa...tahan gudaannnn...:)

    ReplyDelete
  4. Salam kak yatie!! sedapnyer ayam masak ross niiii! lwnkan dgn menu2 nasi2 berempah mesti sedap! kita ni asyik nak nasik rempah2 pastu mkn acar, hmmm bertambah tambah hihihi...

    ReplyDelete
  5. bestnyer ayam...(mcm upin ipin la plak) hehehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails