Sunday, August 7, 2011

Puding Susu Buah- Buahan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Rasanya hari minggu ni ramai kawan2 pergi membeli belah bagi persiapan raya, dan tentunya ramai dan sesak di setiap pasaraya. Harapnya bersabar walau apa jua keadaan sekalipun Maklumlah hari2 biasa mmng hari bekerja dan sekolah, jadi mmng sukar nak pergi membeli belah. Jadi hujung minggu nilah luangkan masa sedikit walau keadaan sesak tu ramai yg tak mengemarinya.

Ramai pula yg tidak melepaskan peluang utk berbuka puasa di luar sempena hari cuti ni. Bagi saya tetap sama je, berbuka puasa di rumah...layan jelah menu kegemaran anak2 dan suami...dan yg penting menu kegemaran saya juga...hehehehe.. Ok kali ni saya nak kongsikan bersama resepi puding susu buah2an yg saya buat utk berbuka semalam. Kalau bab puding ni mmng kegemaran saya. Terasa nyaman je lalu kat tekak ni bila berbuka puasa..mmng sedap betul. Resepi kali ni saya ambil dari Kak Jun@myresepi dan saya kopipes dari Juwita. Terima kasih pada penyumbang resep, izinkan saya kongsikan kat sini pula ya..jom semak bahan2 yg di perlukan. Kalau kawan2 suka resepi puding berkuah koktel tu boleh lihat resepinya di SINI.



Bahan-bahan ( 1 loyang besar )
  • 1 paket serbuk agar2 (11gm)
  • 2 biji telur
  • 4 cawan air
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 cawan gula
  • 2-3 sudu besar tepung kastad
  • 1 tin fruit cocktail
Cara-cara
  1. Masak agar2 dengan air dan gula hingga larut.
  2. Pukul telur dan campurkan tepung kastad, kacau rata dan ketepikan.
  3. Bila campuran agar2 larut, masukkan susu cair. Bila mendidih, masukkan campuran telur dan tepung kastad. Masukkan fruit cocktail.(Yatie tak masukkan fruit cocktail, cuma ambil airnya saja dan masukkan dlm adunan agar2 tadi, kacau sebati)
  4. Setelah siap,masukkan kedalam loyang atau acuan disukai. Sejukkan dan hidangkan bersama sos kastad.
Resepi Sos Kastad K.Liza

Bahan Sos Kastad
  • 1 cawan susu cair
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan gula
  • 3 s/b tepung kastad- Yatie letak 2 susu besar rata je
Cara-Cara
  1. Masukkan semua bahan dalam periuk.
  2. Masakkan dengna api sederhana sehingga mendidih dan nampak agak pekat dari sebelumnya. Kacau sentiasa guna api sederhana.
  3. Setelah siap tutup api dan sejukkan.
  4. Hidangkan dengan puding susu dan juga fruit koktel tadi. Sedap di makan sejuk.

9 comments:

  1. Salam kak yatieee!!! alaaaaaa dtg sini dah petang2 mmg buat org terliur ajerrr tgk dessert akak ni! adaplan nak buat jugak yg niiii tp asyik buat kuihhhhh jerrrr! hihihi...minggu depanlah rajinkan sikit buat puding2 berkuah gini sbb kita suke yg kuah2 gini :D selamat berbuka kak!

    ReplyDelete
  2. wahhhh...segarnya tengok puding tu...
    menyelerakan betoii...

    ReplyDelete
  3. Sedap2 terasa mkn haritu.. Suka tau puding tambah akak mkn dgn kuah kastad tu..:)

    ReplyDelete
  4. wwooowwww,,jadi tergiur lidahku ini,nampak manis sekali tuh,,

    ReplyDelete
  5. ting tonggg tuan rumah.... dah habis dah ya.... meleleh la air liuq tengok huhuuu...lama juga kak tak buat puding susu tu...

    ReplyDelete
  6. Salam kak yatie..eiiii...buat terliur ja..dah la lama tak makan puding susu tu...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum akak...
    sedaapnya tgk puding tu akak.... anak2 pasti sgt suka ngan puding nie kan akak... cantik

    ReplyDelete
  8. Salam kak Yatie pasti Liz buat yang ini..apa lagi time puasa ini..

    ReplyDelete
  9. terima kasih buat k.Yati coz sudi kongsi resipi..walaupn agak senang tp ramai yg x tau nk buat..semuanya menarik & nampak sedap je..caranya pn mudah,bhn2 senang nk cari...terima kasih skali lg:-)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails