Tuesday, August 2, 2011

Gulai Pisang Muda Berempah

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Alhamdulillah dah selamat berbuka semuanya. Tentu ada menu yg istimewa ya. Hari ni saya masak gulai pisang muda berempah. Hari minggu aritu saya pergi pasar tani, jadi saya belilah sayuran kampung. Bila puasa mcm ni, teringin plk nak makan sayur kampung. Makan pulak dngn ikan goreng dan sambal belacan, mmng menyelerakan betul. Jadi hari ni saya masaklah gulai pisang, kalau tangguh lagi takut pisang tu masaklah pulak. Resepi asal ada tambah ikan masin kurau, tapi saya tak letak sbb anak2 tak suka. Kalau kawan2 suka ikan masin kurau tu, bolehlah letak sekali ya. Resepi kali ni saya ambil dari Mat Gebu, terima kasih Mat kerana berkongsi yg sedap ni...izinkan akak kopipes kat sini pulak ya. Jom kita semak bahan2 yg di perlukan.


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 sisir pisang sayur muda
  • 6 - 7 kepingan tulang ikan kurau, rendam- Yatie tak letak
  • 2 batang serai, dititik
  • 2 helai daun kunyit, disiat
  • 300 ml pati santan
  • 1 liter santan cair
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam (jika perlu) dan gula secukup rasa
  • 1 camca besar penuh kerisik
BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 1 biji bawang besar
  • 6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 biji cili merah
  • 1 camca besar udang kering, rendam sekejap dan toskan
  • Secubit belacan
  • 3 biji buah keras
  • 1 camca besar ketumbar biji
  • 1/2 camca teh jintan kasar
  • 1/2 camca teh jintan halus
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pisang dikupas sedikit kulitnya, hiris sederhana tebal dan rendam dalam air yang di letak 1 keping asam gelugor.
  2. Dalam periuk, masukkan tulang ikan kurau, bahan kisar halus, serai titik dan baki asam gelugor.
  3. Toskan pisang dan masukkan ke dalam periuk, gaul rata dan masak sekejap hingga mendidih.
  4. Tuang santan cair, kacau perlahan dan masak hingga pisang lembut.
  5. Tambah kerisik, garam secukup rasa dan sedikit gula.
  6. Masukkan kerisik dan daun kunyoit kacau dan masak sekejap.
  7. Rasa dan jika ok boleh mati kan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain....Kalau makan keesokkan hari lagi sedapppp!!..

8 comments:

  1. Assalamualaikum akak...
    nampak sedap ... menarik sekali resipi nie.. tapi diana belum perna lagi makan... nak juga cuba suatu hari nnt...

    ReplyDelete
  2. salam kak yati.. sedapnya gulai pisang.. mak dulu suka masak.. makan berbuka panas2 memang sesuai

    ReplyDelete
  3. Salam kak yatie!!!! mak kita suke jugaklah dulu2 buat lauk pisang2 giniii, kita pestaim dgr mcm jakun jerrr tp dah rasa sedappppppp!!!!!!! buat sambal belacan sedapnyerr! :D

    ReplyDelete
  4. salam kakyati...sukanya saya makan gulai pisang masak cam ni..pakai lak pisang emas...sedapnya meratah....huhuhu

    ReplyDelete
  5. k.yatie..percaya x zla xpenah makan gulai pisang.hehe...nampak mcm senang, tp masalah bila tang nak beli pisang..nak kena tanya org yg jual jenis pisang ni dulu sbb xkenal..hehe

    ReplyDelete
  6. salam yatie..gulai pisang poberet anka pompuan atie.xtau la camna dia blh trminat ngan gulai pisang..hihi

    ReplyDelete
  7. akak tak suka pisang muda masak lauk, ntah kenapa tak suka sedangkan dulu2 arwah tok selalu buat.....agaknya tunggu umor meningkat jadi nenek baru boleh terima;...hehe..

    ReplyDelete
  8. Assalam yatie,
    salam ramadan buat yatie & family ya..
    lauk gulai ni memang kita suka ..lagi2 kalau gunakan sayur2 kampung ni..memang kita favourite sanagt..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails