Tuesday, August 16, 2011

Sambal Kentang Dan Ikan Bilis

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Hari ni nak kongsikan bersama resepi sambal kentang ikan bilis yg menjadi kegemaran kami sekeluarga. Kalau masak sambal kentang mcm ni biasanya saya masak lebih. Anak2 suka betul makan gitew je sambal kentang ni sambil menoton tv, saya pun tumpang sekakilah. Resepi ni mudah je....jom kita semak bahan2 yg di perlukan.



Bahan-bahan :
  • 6 biji kentang
  • 1/2 cawan ikan bilis, buang kotoran, cuci dan toskan...gorengkan...ketepikan dulu
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • Daun sup/daun bawang utk hiasan- di potong kecil
  • Garam dan gula secukup rasa
  • minyak utk menggoreng dan menumis
Bahan Kisar
  • 1/2 cawan cili kisar
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan ikan bilis, rendam dan toskan
  • sedikit belacan
  • 1/2 cwn air utk mengisar
Cara-cara:
  1. Kupas kentang, potong berbaji/wedges, cuci dan toskan.... kemudian goreng kentang sehingga kekuningan.
  2. Panaskan1/2 cwn minyak dan tumiskan bahan2 kisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Tambah air jika perlu dan masak lagi selama 5 minit.
  4. Akhir sekali masukkan kentang yang telah digoreng dan gaul perlahan supaya sebati.
  5. Masukkan ikan bilis yg telah di goreng tadi dan gaul sebati. Tutup api dan bolehlah di angkat.
  6. Taburkan daun bawang/daun sup dan siap untuk dihidangkan.

10 comments:

  1. salam kak yati.. ioni favorite suami ita ni.. memang selalu buat.. suka sangat ratah macam tu je..

    ReplyDelete
  2. salam aytie,mmg sedap ikan bilis wat camni, mkn nasi atau jadi kudapan mesti best.Nmpk menyelerakan tu.Meh siket wat sahur hehehe

    ReplyDelete
  3. tambah tempe pun sodap ni ek k yatie...simple je...mkn sahur dgn nasi panas dan telur dadar mmg syiok! hehehee

    ReplyDelete
  4. salam ramdhan ke 16 sis...

    mmg menyelerakan sambal goreng versi sis tu.. ini adalah makanan wajib di kedai ayu setiap hari...
    peberat pelanggan setia ayu

    ReplyDelete
  5. Salam kak yatie!! lmbt smapai kepala kita senoneng lah kak tak de mood nak duk depan lappy lama2 :-( sambal kentang ni sedapnyer! kalau ada kentang2 dgn ikan bilis mmg sedap!!! nanti nak cuba buat, ratah jer ni mg sedap tak yah ambik nasik :D

    ReplyDelete
  6. Assalam yatie,
    memang lauk simple tapi sedap ni..makan time sahur ok aje ..makan gitu2 pun sedap juga..

    ReplyDelete
  7. Aslmkum Yati

    Lauk ikan bilis cam ni mmg suka ...ringkas tp sedap.

    ReplyDelete
  8. suke lauk camni yatie..ratah2 mmg best..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum akak..
    sukanya kat resipi nie.. anak2 diana suka kalu kentang d masak gini... nnt nak try resipi akak nie plak.. ;)

    ReplyDelete
  10. kak nak minta/copy resepi boleh?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails