Saturday, August 27, 2011

Cornflakes Madu


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Rasanya ramai kawan2 yg tinggal jauh dari kampung halaman sudah pun mula pulang ke kampung. Semoga perjalanan anda semua berjalan lancar dan selamat sampai ke destinasinya. Bagi saya mungkin balik hari isnin sebab saya dan suami mmng orang Johor dan sekampung pulak tu. Jadi memang mudahlah, hari raya pertama boleh berkunjung rumah mak sendiri dan rumah mertua. Beginilah setiap tahun kami meraikannya....takde rebut2 punya. Kalau rasa nak makn rendang mak sendiri boleh balik rumah mak kejap...bila nak makan rendang mertua pula, boleh patah balik...begitulah seterusnya. Bila saudara mara datang pula, boleh jumpa juga sbb rumah dekat, talipon je...mesti kita orang sampai punya..

Oklah, alang2 tak balik kampung lagi..saya nak kongsikan bersama resepi cornflakes madu yg saya buat malam tadi. Biskut Cornflakes madu ni mmng laku dan cepat laris kat rumah ni. Tiap2 tahun mesti buat,kalau buat tu mesti kena lebih sebab takut tak sampai raya dah habis. Suami dan anak2 amat mengemari cornflakes madu ni. Rasanya ramai kawan2 di luar sana pun mengemarinya. Kali ni saya buat ikut adunan 1 kotak cornflakes yg besar. Jom kita semak resepinya. Kalau ada masa dan masih tercari2 resepi yg mudah tu, bolehlah mencuba resepi ni.




Bahan A
  • 125 gm butter
  • 1/2 cwn brown sugar
  • 1 cawan madu
Bahan B
  • 1 kotak cornflakes Nestle (500gm)
  • 1 cwn kismis
  • 1 cwn badam cincang panggang/gajus
Hiasan
  • Mangkuk kertas kecil
  • Ceri merah dan ceri hijau diptng kecil
Cara-Cara
  1. Panaskan bahan A sehingga butter cair. Setelah cair, masukkan bahan B dan gaul rata.
  2. Sudukan ke dalam mangkuk kertas kecil.
  3. Hiaskan dengan hirisan ceri merah dan ceri hijau.
  4. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 8-10 minit.
  5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

11 comments:

  1. Assalamualaikum Yatie,

    C. Madu ni pun akak tukang gaul je, yang sudahkan anak dara akak tu..cookies ni memang akak buat tiap2 tahun..kecik besar suka..sampai 1 kg akak buat hehehe..tapi akak bubuh apa yang ada je..yatie punye ni memang cantik warnawarni...

    ReplyDelete
  2. Senang Yati dok Johor..kgpun Johor..sekg dgn husben pula tak susah nak buat gilirankan...boleh ulang alik beraya dua famili..
    Samalah Biskut cornflakes mmg tak pernah miss tiap2 thn..kegemaran anak2...kali ni belum sempat buat lagi...
    Nak ucapkan Slmt Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat Yati sekeluarga. Kemaafan dipohon jika ada salah kata dan silap bicara selama ini. Semoga bahgia di lebaran ini meraikan bersama sanak saudara sahabat handai.

    ReplyDelete
  3. Samalah kita yatie... mertua kmpog sebelah jer... kejap raya umah mak kejap balik umah mertua, tak gadoh punyer... heee yg penting ada persefahaman kan... syukurlah atas kebahagiaan yg Allah kurniakn...
    apapon cornflakes madu tu mmg best kan...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Yatie..akak dah buat cornflakes madu ikut resepi ni, mmg sedap & rangup sagt. Sebelum ni akak pernah buat tp xde guna sukatan, main agak2 je...

    Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat Yatie sekeluarga...Maaf zahir batin :)

    ReplyDelete
  5. Salam.. Kak Yatie, Nur nak cuba resepi akak ni untuk Aidilfitri tahun ni.. :) TQ kak..

    ReplyDelete
  6. salam kak,nk tya klu x bakar dlm oven blh x??

    ReplyDelete
  7. Salam... Tk kerana berkongsi resepi yg simple ni, mmg berguna bg amateur cm sy nie, eheheehehe

    Dh siap cornflakes madu 2 balang, Alhamdulillah... :D

    ReplyDelete
  8. Salam.nk tnya.ada resepi guna gula kastor n margerine.resepi kt sini gune brown sugar n butter.mana 1 nk pkai n sedap ???

    ReplyDelete
  9. sorry nak tanya CWM tu apa ke benda?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails