Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua Alhamdulillah dah 9 hari kita berpuasa. Moga kita di beri kesihatan yg baik utk meneruskan ibadah puasa ini dngn lebih sempurna. Sebenarnya hari ni saya masak ringkas je. Mula tu berangan nak buat macam2, tapi hari ni dari pagi sampailah petang takde air. Jadi mmng susah nak buat keje mencuci di dapur, apalagi nak menyiang ikan/ayam yg sememangnya menggunakan air yg lebih. Tunggu punya tunggu dekat maghrib barulah air paip ada. Masa tu saya dah siap masak. Ingatkan dah malas gak nak masak, tapi kesian tngk anak2..mereka lebih suka yg maknya masak sendiri walaupun menu ringkas.
Hari ni saya masak tomyam je...mudahkan.. masukkan perencah tomyam, cili padi ketuk, bwng, carrot, baby corn dan tomato. Cukup rasa dah kira ok, lengkap sayur dan ayam..hehehe. Pastu saya celur mee hoon..makan mee hoon dngn tomyam.....fuhhh sedap gaklah. Bila dah penat angkut air, nak buat kuih pun dah malas. So saya buat durian pancake je, lagipun taklah menggunakan air yg banyak. Memang payah betullah bila air paip takde ni. Tugas kita di dapur pun jadi terbatas. Ok jom kita semak resepi durian pancake nilah. Pancake ni sedap dan lembut je walau dah sejuk. Terima kasih pada Mat Gebu kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Akak kongsikan kat sini pula ya.
BAHAN-BAHANNYA :-)
- 3/4 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
- 3/4 camca teh baking powder
- 1 biji telur gred "A"
- 1 1/2 camca besar gula halus
- 30 g mentega, dicairkan
- 2 camca besar isi durian, dilecek hancur
- 1/2 cawan + 2 camca besar susu segar (mat guna susu sejat)
- Secubit garam halus
- Mentega dan madu untuk dimakan bersama pancake
- Satukan tepung naik sendiri, baking powder dan garam halus, gaul rata dan ayak. Dalam satu bekas, masukkan telur, gula, mentega cair dan isi durian, kacau dengan whisk sehingga semua sebati dan rata.
- Masukkan susu, kacau dan tambah tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga rata. Tuang esen vanilla, gaul rata dan rehatkan adunan 20 minit.
- Panaskan non-stick frying pan bersaiz 4 inci dengan api sederhana. Lenser dengan sedikit minyak (mat sapu permukaan kuali tadi dengan paper towel bersih yang dicelup sedikit minyak). Sudukan anggaran 1/3 cawan adunan tadi. Ratakan.
- Tutup pan tadi dengan tudung periuk sekejap. Bila permukaan pancake berbuih2 dan kelihatan agak kering, perlahan2 terbalikkan. Masak lagi untuk 1 minit. Alih dalam bekas sesuai dan buat kaedah yang sama untuk baki adunan.
- Hidangkan bersama mentega dan curahan madu...hmm sedappp u!..Nak makan dengan ais krim pun ok juga..ikut suka hati masing2 yea..
sedapnye duriannn..sy suke durian :)
ReplyDeleteAssalammualaikum Yati
ReplyDeletePancake durian belum pernah cuba...tp kalau buah durian tu mmg favorit...
Mmg leceh bila tak da air ..kerja2 memasak yg byk guna air...
salam kak yati.. ada durian la.. bestnya.. kat sini dah tak jual dah..sob2 nak makan kena balik msia..
ReplyDeletesalam yatie - wah menarik pancake durian ni..lama dh tak buat :)
ReplyDeletesedapnya..nak cubalah
ReplyDeletemas dah banyak kali sahur buat pamcake mayonis...
ReplyDeletennti nak tryn gak la pancake doyan ni..
salam ziarah
ReplyDeletenmpk sedappp one day nnti nk try la
dh follow jom follow balik qhaifanurin.blogspot.com
sedap la pulak tengok pan cake durian ni, boleh buat bila beli durian nanti. Memang susah tak de air kan mujur gak bulan puasa kena sekali masak je boleh gak besabar.
ReplyDelete