Tuesday, August 9, 2011

Kuih Bakar Pandan (Joayee)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Inilah kuih bakar pandan yg saya buat petang tadi utk berbuka puasa. Kali ni buat guna cetak bahulu kemboja, cantik je mcm beli...hohohoho ayat perasan. Takpelah kita yg buat dia....dah mmng sedap, tu yg puji terlebih sudaaaaaa.

Sebelum ni buat guna resepi di SINI, kali ni guna resepi Joayee dan saya kopipes dari K.Ummi. Terima kasih pada penyumbang resepi, an sememangnya kuih2 mcm ni mmng menjadi kegemaran kami sekeluarga....lebih2 lagi bahagian kerak tu....walau hitam tetap menjadi rebutan. Lain pula dngn Hamka, dia suka makan kuih yg hijau je....bahagian kerak dia takmo sbb kuih hangit katanya. Saya tak kisahlah dia nak kata apa, dah mmng yg hitam tulah yg sedap. Dia budak2 kan, manalah tau sangat..kalau dia tau, maunya dia tak bagi kita punyer.. Jomlah kita semak resepi yg mudah dan sememangnya menjadi pujaan ramai ni.




Bahan- Bahan
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan jus pandan/ air + pandan essence
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 1/4 cawan santan (1 tin santan = 450 ml)
  • 2 sudu makan mentega
  • 3 biji telor
  • 1/2 sudu teh garam
  • pewarna hijau
  • bijan
Cara-Cara:-
  1. Campurkan kesemua bahan dan blend sampai sebati.
  2. Masukkan 2 sudu teh minyak dalam loyang dan oleskan rata.
  3. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi.
  4. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C sampai kuning/garing (*ummi set oven 165C selama 1 jam 15 minit).
**Yatie guna cetak bahulu kemboja, set oven 180C... bakar 30 minit api bawah saja, 20 minit api atas bawah dan 10 minit api atas saja supaya permukaan kuih garing. Semua ni bergantung pada oven masing2 ya. Kalau guna acuan bahulu kemboja ni dpt dlm 4 keping kuih bakar.

13 comments:

  1. akak... sedaaapnya tgk kuih bakar pandan tu akak... kalau diana sekeluarga kan... bhgn kerak nya tu mmg suka sgt makan.. ehhehee.. kekdg cari yg kerak tu jer.. yg hijau tu x abis mereka makan.. ehhehehee

    ReplyDelete
  2. Yatie.. kita c n p resepi... teringin pulak nak buat.. tp kena cari acuan bahulu kemboja tu dulu baru dpt buat.... mmg sedap kuih ni... kat umah wana kuih ni laku!!

    ReplyDelete
  3. anak2 e-na pun suka kuih bakar pandan...nak buat pun senang...cantik2 kuih k.yati tu...

    ReplyDelete
  4. akak pun dah ambik resepi yatie.nak buat utk raya lah.

    ReplyDelete
  5. Salam kak! suke kuih bakar kak joe ni mmg sedappp! masuk list jugak nii sbb kita suke :D Selamat berpuasa kak!!!

    ReplyDelete
  6. kak anim nak buat kuih gini tuk raya? cam pelikk je kan.. kikiki.. saja guwauu.. kaka yatiee.. saya lama simpan resepi ni. tapi tak tercube2 lagi...

    ReplyDelete
  7. Salam Yatie cayang...mmg best kan kuih bakor Joayee nih...akak pun dlm byk2 rsepi kuih bakor, suka yg ni..nak buat pun mudah...adoiii terasa nak membakar pulak dah ni...hehe

    ReplyDelete
  8. pernah buat kuih ni..sedapkan Yatie! time bakar satu rumah bau pandan, mmg best! ;)

    ReplyDelete
  9. Assalam Yatie....rasa cam nak juga mencoba...tapi tak ada yang nak sambut seruan kalau akak seru pada yang nak makan nanti!..Isi rumah ni pelik sikit!

    ReplyDelete
  10. Yatie.. ita baru berangan nak buat kuih bakar.. lama dah tak membakor2ni.... hari tu suami ita pun tanya bila nak buat kuih bakor?? dah mengidam lah tu..

    nanti ita cuba resepi yg ni lah nampak sedap je ni..

    ReplyDelete
  11. Kak Yatie dear...Assalamualaikumwbh....

    ......mmmm ayu pun belom wat lagi kuih bakar utk iftar kali ini...musti mau cuba la .......

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Yatie..harum semerbak seluruh rumah masa bakar kuih ni kan, akak pun dah cuba resepi ni mmg sedap..

    Selamat Berpuasa jua buat Yatie sekeluarga..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails