Monday, September 6, 2010

Biskut Cornflakes Rangup

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Minggu ni saya n3 pasal biskut raya je....jngn jemu ya. Maklumlah bahang raya sudah terasa....anak2 paling seronok waktu ini. Mereka semua tak sabar cuba baju baru dan menolong mamanya di dapur menyediakan juadah berbuka puasa dan juadah biskut raya. Saya pun ikut seronok bila melihat anak2 gembira. Oklah biskut cornflakes ranggup ini adalah merupakan biskut kegemaran kami sekeluarga. Rasanya yg ranggup membuatkan anak2 tidak jemu memakannya. Kawan2 bolehlah mencubanya sendiri...pasti tak mengecewakan.



Bahan-Bahan
  • 250 gm mentega
  • 3/4 cawan gula aising
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 250 gm cornflakes(ramas2 sikit)
  • 2 cwn tepung naik sendiri
  • Mangkuk kertas
  • Ceri merah dan ceri hijau-dipotong kecil
Cara-Cara
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.
  2. Setelah sebati, masukkan telur dan pukul lagi...setelah itu masukkan esen vanilla.
  3. Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes yg di ramas...gaul sebati guna senduk kayu je.
  4. Masukkan dlm mangkuk kertas dan hiaskan dngn potongan ceri merah dan hijau.
  5. Bakar dalam oven yg telah di panaskan pada suhu 170 C selama 15 minit.
  6. Biarkan sejuk di redai biskut.

19 comments:

  1. raya rumah orang kuih ni dulu yang dicari..sedap2

    ReplyDelete
  2. ofcourse my daughters and son like it.tq for sharing and carring.may Allah bless you

    ReplyDelete
  3. Dah lama anak suruh buat biskut ni.Raya ni kena buat jugak.Tak cuba tak tau.Nampak memang sedap.Boleh bawa balik kg lagi.

    ReplyDelete
  4. nk wat weekend nii..thanks, sis...

    ReplyDelete
  5. boleh test ni,nampak sodap ni....tq sis

    ReplyDelete
  6. slm kak, nak tanya pukul guna senduk kayu ker pakai mixer butter ngan gula tu

    ReplyDelete
  7. kalau guna tepung biasa blh?

    ReplyDelete
  8. ha..nnti bleh singgah umah akak Yatie nie..

    dapat makan biskut nie..

    hehe~

    ReplyDelete
  9. tahun ni baru nak buat sendiri ... tahun2 lepas tunjuk2 ja... harap2 menjadi la..

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. 2 cwn tu tepung naik sendiri/ self raising flour, bukannya baking powder Lily....tak guna baking powder pun dlm adunan ni sbb dah guna tepung naik sendiri tu...harap membantu ya..

      Delete
  11. so sweet..want to make it laa.. :)

    ReplyDelete
  12. Salam sis.. Klu gula aising tu d ganti dgn castor bole x?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails