Monday, March 7, 2011

Roti Sosej Berkeju

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pagi ni saya bf roti sosej berkeju. Kalau roti yg ada sosej ni mmng kegemaran anak2. Saya buat malam tadi, jadi pagi ni boleh buat sarapan dan bekalan utk anak2 ke sekolah. Biasanya saya buat 2 adunan, bila petang tu bolehlah anak2 sambung makan lagi. Biasalah, kalau makanan kegemaran anak2 ni mesti buat lebih supaya puas diaorang makan...lagi pun mamanya buat sendiri, jadi bolehlah makan lebih. Kalau beli tu lainlah, kalau dah habis...habislah jawabnya...tiadalah acara ulang2 makan..betul tak? Roti ni mmng lembut dan sedap sangat, nak sedap lagi bolehlah di makan bersama sos cili. Resepi asal adalah dari Chef Norzailina Nordin dan saya C&P dari Mat Gebu. Terima kasih pada penyumbang resepi, izinkan saya kongsikan resepinya di sini pula ya.




BAHAN -BAHANNYA :-)
  • 270 g tepung roti (high protein flour)
  • 50 g tepung halus (tepung Hong Kong)
  • 60 g gula halus
  • 1 camca teh garam (mat guna 1/2 camca teh)
  • 2 1/2 camca besar susu tepung
  • 1 1/2 camca teh instant yeast
  • 1/2 camca teh bread improver
  • 1/2 camca teh bread softerner
  • 1 biji telur gred C
  • 140 ml air
  • 30 g mentega
  • Sosej secukupnya (mat guna sosej "Ayamas"= 14 batang)
  • 2 keping keju cheesedale, dipotong kepada 14 bahagian sama besar
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan sosej. Gaul hingga semua bersatu dan menjadi doh, masukkan mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan licin (lebih kurang 15 - 20 minit). Alihkan doh ke dalam satu bekas dan tutup permukaan dengan plastic cling. Biar naik 1 jam. KAEDAH LAIN :- Masukkan kesemua bahan2 diatas kecuali sosej, ke dalam Bread Maker, pilih setting for dough dan tekan "ON". Tunggu hingga siap.
  2. Sosej dicelur dan sejukkan, dibelah tengahnya buat macam poket dan masukkan1 potongan keju tadi, buat hingga siap. Canai doh dan potong supaya mendapat potongan berukuran 3 cm lebar dan 25 cm panjang. Balut sekeliling sosej. Letak atas dulang yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga habis.
  3. Biarkan 45 minit sehingga doh naik. Sapu kuning telur + sedikit susu, tabur bijan dan bakar dalam oven pada suhu 180C selama 17 - 20 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.

20 comments:

  1. Morning kak Yatie! pagi2 dh wat org lapar semua nih.. gebu je nmpk roti sosej akak. siap ada keju lagii..

    ReplyDelete
  2. as-salam kak
    nmpak dah menggoda. Anak2 memang suka sosej roll. kalau buat kat rmh sekejap dah habis..

    ReplyDelete
  3. nak belajar juga tapi saya tak rajin..
    bebudak mmg suka roti ni..

    ReplyDelete
  4. salam yatie..mmg gebus tu.. sedap jer nampak.. cantik yatie roll dia :)

    ReplyDelete
  5. rajinnyer Yatie..akak ni dh lama x meroti..malas betul nak buat tapi mkn nak hehe..kemasnyer tgk roti sosej tu...;)

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum kak yatie..
    mana leh tahan tengok cheese tu..adehhh..nak kena godek jugak la roti ni..huhu..best nyerrrrrrr.. menggoda tau kak yatie ni..

    ReplyDelete
  7. kak yatie....

    Sedapnya roti tu....lebih2 lagi bila lihat cheese tu meleler keluar.....

    ReplyDelete
  8. ni peberet ain ngan daniel kalau roti sosej gini...tambah lak ada cheese tu...perhhhh...
    boleh try nanti..he..he..

    ReplyDelete
  9. Salam pagi Isnin....emmmm...roti sosej menggebu...anak2 mesti suka kan Yatie...

    ReplyDelete
  10. akak, gebusnya roti ni...dh pernah buat dulu tapi x bubuh cheese pun nanti nk cuba resepi ni la..:)

    ReplyDelete
  11. warrgg..bestnye..tgh lapar ni, tk sempat nk buat ukn mkn sendiri..huhu

    ReplyDelete
  12. wowww! memang sedap ni, kalau bt x bole sikit2. kegemaran ank bujang k.ct kalau ada hotdog segala..hehehe.

    InsyaAllah..k.ct akan buat gak nnt. doakan akan dtg angin rajin tu ya Yatie :)

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Yatie...roti sosej ni mmg kegemaran anak2 akak. dulu pernah buat tapi xde letak cheese kt dlmnya, dh tentu rasa yg ni lebih sedap..emmm bila la nk buat ni...

    ReplyDelete
  14. waahhh...kak yatie, ada cheese tuu...best2...nanti nak cuba jugak laa..err..kena tunggu cuti sklah..baru ramai sket :)

    ReplyDelete
  15. Tun-Telani,
    mmng sedap roti ni.. di tambah keju lagi..mmng sedap..cubalah..

    Ady,
    wkmsalam, mmng sedap roti ni..anak2 mmng suka kalau ada sosej kat roti ni, cepat laku kan...cubalah.

    Cikgu Isza,
    kalau mcm tu cikgu kenalah buat roti mcm ni...pasti anak2 suka...pasti menjadi punya..

    K.Nor,
    wkmsalam, tq kak sudi tngk roti yatie yg tak seberapa ni...mmng anak2 suka roti2 mcm ni..

    Sofea,
    ini pun gara2 layan permintaan anak2..mmng cepat laku klau buat roti2 mcm ni..

    ReplyDelete
  16. Izah,
    wkmsalam, tergoda ke...alahai Izah klau buat roti lagilah cantik dan gebu jek...kalau teringin tu, bolehlah cuba yg ada sosej dan cheese ni..mkn dngn sos cili....walaweiii..sedap banget..

    Wanieyra,
    mmng sedap dan cepat laku roti ni..tambah lagi ada sosej dan cheese..sedap wei...cubalah..

    Mas,
    Kalau anak2 suka mmng kita pun teruja nak membuatnya kan..mesti laku punya...buatlah Mas..

    Sharifah,
    silalah buat..mmng berbaloi dan sedap..

    Cik Cek,
    mmng roti sosej ni roti kegemaran anak2...kalau nak rasa tu, bolehlah cuba buat ya..

    ReplyDelete
  17. Nieza,
    mmng yg letak cheese ni pun sedap..bila nak mkn potong dan letak sos cili..mmng sedap...cubalah..

    Suri,
    selalu buat utk pelangan ya..sesekali buatlah utk diri sendiri..makan sambil goyang kaki...sedapnya.....hehehee...

    CT Delima,
    sukanya akak singgah sini..nape lama tak bersiaran..rindu tau..akak buatlah, kalau roti mcm ni mmng cepat laku kan..kegemaran anak2 ni..

    Azlina,
    wkmsalam, kali ni buat yg letak cheese plk kat dlmnya..waduh lagi sedap kak..cubalah, pasti anak2 suka..

    Norgee,
    kalau letak cheese dan sosej kat dlm roti ni mmng lagi sedap..cubalah..uwaaa bnyk nmpknya projek cuti sklh....selamat mencuba..

    ReplyDelete
  18. Salam, klu guna tpg roti sepenuhnya ok ke?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails