Friday, March 11, 2011

Gulai Ayam Berempah

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni kita semua di kejutkan dngn berita tergempar iaitu Tsunami di Jepun. Dalam fikiran ni terus je teringatkan Hana Family's serta teman2 yg menetap di Jepun. Dalam hati sentiasa mendoakan moga teman2 yg berada di Jepun selamat dan sentiasa di bawah lindunganNYA. Harapan kita semua moga teman2 di Jepun sabar dan tabah menghadapi ujian ini...moga ada hikmah di sebalik kejadian ini.

Bebalik cerita mengenai masakkan pula. Hari ni saya masak gulai ayam berempah. Resepi ni adalah dari Mat Gebu. Terima kasih Mat berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Rasa gulai ni seakan2 masak lemak cili api tapi ada sedikit kelainan dngn rempah ratusnya. Mat guna ayam kampung, akak pula guna ayam bandar.....tapi cara memasak tetap sama. Gulai ni mmng sedap, lebih2 lagi di makan bersama nasi putih hangat dan ulam2an...maunya bertambah2 nasi. Gulai Mat nampak cantik kuning je, akak pula seakan2 merah kuahnya..ini adalah kerana akak gunakan cili padi yg merah dan kisar sekali. Wow mmng pedas sangat...tapi lagi pedas lagi sedap kata suami akak. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini ya Mat. Hai tak sabar rasanya nak rasa masakkan Mat yg sebenar. Moga impian kan menjadi kenyataan....tungguuuu....


BAHAN - BAHANNYA :-)
  • 1 ekor ayam, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
  • 5 biji kentang, kupas belah 4 setiap biji dan rendam
  • 5 batang serai, dititik
  • 3 keping asam gelugor
  • 300 ml pati santan
  • 1200 ml santan cair
  • Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 1/3 cawan cili padi kampung- saya guna cili padi yg merah
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci lengkuas
  • 3 biji buah keras
  • 10 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalan periuk, satukan ayam, serai, kentang dan bahan kisar halus, gaul rata dan masak atas api hingga ayam kecut. Tuang santan cair. Kacau dan biar mendidih hingga kentang empuk.
  2. Masukkan asam gelugor, garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau dan bila mendidih, kecilkan api. Tuang pati santan dan kacau rata. Masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu
  3. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkam bersama nasi hangat dan lauk2 sampingan..Selamat mencuba..

9 comments:

  1. Kak yatie..
    ayu pun mendoakan sahabat disana dalam keadaan selamat..sebab berita terkini 100 rakyat kita memang disahkan selamat..hanya kedutaan Malaysia disana berlaku sedikit kerosakan

    Kak....insyallah..esok, dapatlah ayu peluk dan cium tanganmu itu......wah......tak sabarlah...sebab kita mmg belum pernah bertemu

    ReplyDelete
  2. salam kenal kak..dah lama follow akak tp x tgl jejak pun hehee..sedap nya jamu mata gulai ayam tgh2 malam ni..:-)

    ReplyDelete
  3. assalam kak yatie, sedapnya gulai ayam ni kak....lagi pedas lagi sedap kan...nieza pun suka mkn pedas. btw sama2 kita doakan semua yg berada di Jepun selamat ya kak.

    ReplyDelete
  4. kak yatie...nmpk sedappla gulai ayam tu..
    kuahnya pekat....

    ReplyDelete
  5. kak yatie..selamat pagi dihari sabtu..masak apa pagi ni...hehehe..ni kalau ada lagi, buat lempeng cicah ngan gulai ni..wahhh sedapnyaa

    ReplyDelete
  6. Assalam Yatie..
    Smoga semua sahabat2 dan rakyat mesia yang berada di jepun sentiasa di dalam perlindungan Allah SWT.. klu bab2 gulai ayam nie.. anak2 akak mmg suke... tapi x boleh pedas sangat nanti sambil makan sambil minum air...

    ReplyDelete
  7. gulai ayam berempah yer akak tp rasa cam masak lemak pun ada kann...

    ReplyDelete
  8. aduhhh..kak, nampak kuah yg pekat dah terasa kesedapannya...kalau buat mau berketul2 & berpnggan2 nasi nih!!!:D

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails