Wednesday, March 16, 2011

Donat Pisang

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Hari ni saya buat donat pisang utk minum petang. Sebelum ni tak pernah rasa donat pisang, tu yg teringin sangat nak mencuba dan merasa donat pisang ni. Memang lembut dan sangat sedap donat ni. Sebelum ni pernah nampak di rumah Izah dan Mas buat donat ni,tak sabar nak buat masa tu..tapi takde stok pisanglah pulak, kali ni dah ada...apa lagi projek pun bermula. Resepi ni adalah dari K.Fida di MyR, terima kasih kak berkongsi resepi yg sedap ni..izinkan saya kopipes kat sini pula ya.



Bahan-bahan ( Lebih kurang 30 keping )

  • 400 gm tepung roti
  • 100 gm tepung gandum
  • 11 gm yis segera (1 peket)
  • 100 gm gula halus
  • 1/2 sk garam
  • 1 sk bread improver (opt)
  • 1/2 cawan air
  • 3 biji kuning telur
  • 300 gm pisang - lecek
  • 100 gm mentega - lembut
  • minyak masak untuk goreng terendam
Cara-cara
  1. Ayak tepung2 kedalam sebuah mangkuk dan campurkan yis,gaul rata dan masukkan gula,garam,kuning telur dan tambahkan air sambil dikacau rata.Masukkan pula pisang lecek dan mentega dan kacau sebati.
  2. Kemudian uli doh hingga tidak melekat pada mangkuk.(Tambah tepung jika adunan lembik atau tambah air jika adunan kering)
  3. Rehatkan doh 20-30 min hingga kembang.
  4. Kempiskan doh,canai dan terap seperti donat biasa atau bulat2kan saja.
  5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.Angkat dan toskan.Biar sejuk.
  6. Salutkan donat pisang dengan gula atau choc cair ikut selera.
  7. Boleh juga dibakar...
Note = Jangan masukkan kesemua air kerana adunan akan jadi lembik. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan yg di perlukan. Selamat Mencuba

10 comments:

  1. jengah yatie lagi..

    amboi nampak sedapnya donut pisang petang-petang cenggini..

    first time dengar donut pisang.hmm boleh try ni.. :)


    jemputlah baca

    sambal ketuk langkah demi langkah

    http://mamaglamdiva.blogspot.com/2011/03/samba-kotuk-omak-den-langkah-domi.html

    ReplyDelete
  2. assalam Kak Yatie, nampak sedap dan gebus donut akak ni...ada pisang lak tu..best ni..tapau 3 ketoi wat bekpes yer kak....hehe

    ReplyDelete
  3. Salam..sedapnya nengok donut pisang yatie ni... nak dua bijik boleh...

    ReplyDelete
  4. wahh.. donut pisanglah pulakkk... mesti sedap nih.. agaknya kalau tak salut gula pun dah ada rasa manis2 dia ke yatie?

    ReplyDelete
  5. as-salam kak yatie,Perghh ..mengoda sungguh donat pisang tu kak.. nampak gebus dan sedap.

    ReplyDelete
  6. kak yatie,
    terliurnya tengok donut pisang tu...
    gebunya....
    sedapkan donut pisang ni...

    ReplyDelete
  7. donut pisang...first time tengok..minum petang ni mintak ler sikit...

    ReplyDelete
  8. salam kak yatie,
    nampak gebu sgt donut akk tu...mesti sedap..yummmm

    ReplyDelete
  9. 1st nampak donat pisang nih...teringin jg nak try buat..nmpk gebu n menyelerakan laaa..

    ReplyDelete
  10. wahh mantap donutnyer..tengok pon dah jelasss kegebuannyer..berselera sy tengokk..tue baru tengokk belum cuba lagikk..huhhhh mengancam..:)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails