Tuesday, March 8, 2011

Bingka Susu

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Hari ni saya buat kuih bingka susu utk minum petang. Oleh kerana bingka ni kena betul2 sejuk, jadi malam barulah boleh di potong dan merasa kuih bingka ni. Memang lembut dan sedap kuih ni, terasa2 lemak manisnya. Bingka ni sungguh istimewa sebab tak menggunakan santan...mmng kena dngn namanya Bingka Susu. Pada kawan2 yg nak rasa tu, bolehlah mencubanya sendiri. Terima kasih pada Kak Fida kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni...izinkan saya kongsikan di sini pula ya.




BAHAN A : -
  • 1 cawan susu cair
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 50 gm gula pasir (opt)
  • 1 cawan tepung gandum - diayak
  • 2 biji telur
BAHAN B :-
  • 500 ml air
  • 100 gm mentega / majerin
  • 50 gm tepung kastard
  • 1/2 sk esen vanilla
  • 1/2 sk garam
Cara-cara
  1. Satukan bahan A dan ketepikan
  2. Satukan bahan B dalam periuk dan kacau rata. Masak hingga pekat atas api perlahan.
  3. Masukkan bahan A ke dalam adunan yang dimasak, kacau rata dan masak terus hingga pekat lagi. Matikan api.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu mentega dan bakar pada suhu 160C selama 30 - 40 min atau hingga permukaan kuih garing.
  5. Biar kuih benar2 sejuk di dalam loyang, potong dan boleh dihidangkan. Kuih boleh disimpan dalam peti sejuk jika ingin dimakan dingin.
  6. Adunan boleh juga dibakar di dalam acuan bahulu pecah lapan.

13 comments:

  1. aslmkm kak...eh eh..macam tau2 je mlm td kita skodeng rsp ni kat myresepi....dok salin2 rsp..tp tak buat2 jugak..hehe...sedap ek kak? blh cuba2 ni nak prabihkan stok susu yg dah bukak sblm balik kg mggu ni kan...ke ada cadangan lain? akak nak bg ke 2 3 potong? hihi

    ReplyDelete
  2. sedap tgk bingka tu...
    yatie..satu adunan utk acuan bahulu pecah 8 tu dapat berapa biji...?

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum..
    kak yatie..kalau tak letak santan, tak de la yang wangi santan tu ye kak..hmmm simple je kan..trasa gak nak try..tunggu la bila2 nanti..mekasih kak yatie

    ReplyDelete
  4. ni first time mas jumpa bingka susu..
    nampak sedapp la kak yati..

    ReplyDelete
  5. @Anna Qawina
    wkmsalam, entah2 mlm tadi kita sama2 tngh skodeng resepi ni...tngk bhn2 pun mudah je..akak pun nak perabiskan stok susu cair dan susu pekat kat esbok..tu yg cuba resepi ni...mmng lembut dan sedap..nah akak bagi 5 potong...suka tak....hehehe..

    ReplyDelete
  6. @Sofea
    mmng sedap bingka susu ni..kalau guna acuan bahulu pecah 8 ni dpt dlm 3 keping...bnyk juga kan..

    ReplyDelete
  7. @izahdaut
    wkmsalam, resepi ni mmng tak guna santan, guna susu cair dan susu pekat....sebab tu namanya bingka susu...sedap tau..cubalah...ada kelainannya..

    ReplyDelete
  8. @Mas
    akak pun first time jumpa resepi ni dan cuba buat...mmng sedap Mas..cubalah..

    ReplyDelete
  9. first time jumpa bingka susu..biasa jumpa bingka pandan ke..bingka labu,bingka ubi..must try ni..tq kak 4 sharing...

    ReplyDelete
  10. wah,nampak sedap la kak yati..wajib cube ni =) (nor, manila)

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikumwbh Kak Yatie.....mmm bingka2 ni Ayu sukeeeeeee sgt! Mcm mudah je nak wat....mmm ni laaaaaaaagi suke.....:)
    MInta 2 keping poskan ke doha yer....he3...

    ReplyDelete
  12. as-salam kak
    nampak sedap je bengkang susu tu kak.. mesti sedap...boleh cuba..tnk sharing kak

    ReplyDelete
  13. assalam kak, dtng bawa roti utk akak ni nk tukar ngan bingka lak..hehe sedapnya! ok copy resepi dulu kasi panjang list dulu yer..:)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails