Wednesday, March 2, 2011

Butter Roll

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya meroti lagi. Kalau buat malam, esok pagi boleh buat sarapan utk kami sekeluarga...jadi taklah sibuk sangat pagi2 tu. Anak2 pun bukan main berselera lagi kalau makan roti yg mamanya buat. Maklumlah diaorang pun sibuk juga mengambil bahagian dlm membuat roti ni...hehehe...Sudah tentulah masing2 nak merasa hasil air tangan sendiri. Macam2 bentuk yg di gayakan oleh anak2 bila bab menolong ni, tapi tulah...seronokkan saat2 ini. Bila mereka semua dah dewasa dan berumahtangga nanti, takdelah yg nak menolong. Jadi mmng saat2 inilah kita kena hargai masa seronok bersama anak2. Saat yg paling seronok bila anak2 asyik menunggu di depan oven dan tak sabar nak merasa.....kejap2 jenguk...kejap2 jenguk dlm oven tu....bilalah nak masak roti ni....klakar di buatnya. Saya rasa tentu kawan2 semua ada pengalaman masing2 kan.

Bercerita pasal anak2 ni mmng takde habisnya. Kali ni saya nak berterima kasih pada Mamafami dan Mat Gebu sekali lagi kerana berkongsi resepi roti yg lembut dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan bersama resepinya di sini ya. Kawan2 bolehlah singgah di blog DTS utk melihat cara2nya...jom kita semak resepinya.



Bahan-Bahannya :-)
  • 200 g tepung roti (high-protein flour)
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca teh bread improver
  • 5 g gluten (mat ganti dgn 1/2 camca teh bread softerner)
  • 40 g gula halus
  • 6 g instant yeast
  • 30 gram telur, pukul 1 biji telur kemudian timbang
  • 95 ml air
  • 30 g mentega
  • Telur + esen vanilla, untuk disapu
  • Sedikit gula pasir kasar
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan diatas kecuali mentega, ke dalam mangkuk adunan, uli hingga menjadi doh, tambah mentega, terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, licin dan anjal. Bulat2kan, alih dalam bekas dan bungkus dengan plastik, biar 45 minit - 1 jam. KAEDAH LAIN Masukkan semua bahan2 dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan "on", tunggu hingga siap.
  2. Tabur meja kerja dengan sedikit tepung gandum, keluarkan doh dan tumbuk untuk membuang udara. Bulat kan dan canai seperti dalam gambar. Potong kepala 12 bahagian sama besar (agak2 jee).
  3. Kemudian gulung satu persatu potongan tadi secara berhati2 dari luar ke dalam (dari bahagian besar ke bahagian kecik), kemas kan dan alih ke dalam loyang yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap.
  4. Biar 45 minit hingga doh mengembang. Sapu dengan telur (lebihan yang 30 gram tadi) + esen vanilla pada setiap doh roti, tabur sedikit gula pasir kasar. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan, sejukkan atas jaringan atau boleh juga dihidangkan panas2...

13 comments:

  1. Assalamualaikum Yatie...emmm dah terbau2 sampai ke dapur akak butter roll Yatie nie. Alaa....kek velvet akak dh abis kalau tak, boleh tukar dgn roti ni... Tengok pon dah tau memang sedappp!! Part tabur gula tu mesti anak2 yg tolong kan...Memang seronok kalau anak2 suka tolong kat dapur..

    ReplyDelete
  2. salam yatie...betul tu ..kalau kita masak mlm utk breakfast esok pagi tak la kelam kabut nanti...sama la kita...puashati masak dgn air tgn sendirikan...hubby dan anak anak pun suka...walaupun adakalanya kureng sedap...he he...

    ReplyDelete
  3. Kak Yatie.....uishhhh pandai sungguh wat paten mcm tu...terbau sampai doha kak meroti ni..puas hati berpenat meroti tgok hasil mcm kak...:)

    ReplyDelete
  4. wah....nak bagi wife tengok la masakan ni..he he he

    ReplyDelete
  5. Kak Yatie, singgah sini nak mintak butter roll utk brekpes esok..hehehehe..

    ReplyDelete
  6. akak, sedapnya roti tu nampak montok dan gebus la..untung akak ada ramai assistant buat roti tu..hehe

    ReplyDelete
  7. salam kak yatieee...kakkk, dah lawaa dah tuuu....

    ReplyDelete
  8. rajinnya akak sorang ni menguli doh buat roti....
    cantik la roti akak ni...ada lagi ke..nak seketoi..he..he..

    ReplyDelete
  9. Kak Yatie sihat? lama x lepak dapo akak..sibuk sktlah kak.. wah gulp.. telan liur.. gebusnyer.. tadi g dapo kak Mas pun ader roti.. akak.... bagi erma tapau he he he he

    ReplyDelete
  10. mmg betul yg yatie kata, anak2 mmg excited nk nolong kan. esok dah besar2 mesti kita rindu saat tu. tapi kalau time nak cepat tu, rasa rimas gak bila dorang ada kat dapur.. hihi

    ReplyDelete
  11. gebu tu kak yatie..
    lama dah tak meroti ni..kena warm up balik ni..ececehhh..hehehe

    ReplyDelete
  12. Assalam kak.. wow meroti pulak akak ni..sedapnya mood meroti saya belum dtg lagi ni,nak try apam labu akak dulu...

    ReplyDelete
  13. lawanye roti kak yatie ni....mmm dtg lagi nih nak minta stok roti...:)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails