Thursday, March 10, 2011

Ikan Siakap Sos Limau Purut

Assalammualaikum dan bertemu kembali. Hari ni saya masak ikan pula utk makan tengahari. Kali ni saya guna ikan siakap, ikan ni mmng sesuai sangat di masak sos limau purut. Kalau masakkan yg letak daun limau ni mmng kegemaran saya, terasa harum je masakkan tu. Resepi asal adalah dari Dr Liana dan saya kopipes dari K.Zai. Terima kasih pada penyumbang resepi, izinkan saya kongsikan di sini pula ya..jom kita semak resepinya.



Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan siakap
  • 2 ulas bawang putih - cincang halus
  • 1 biji bawang besar - chopped
  • 1 inci halia - hiris halus
  • 4 sudu makan cili boh
  • 4 sudu sos ikan Namphla
  • 3 sudu sos tiram
  • 4 helai daun limau purut- hiris halus
  • 4 sudu besar jus limau kasturi
  • tepung jagung utk goreng ikan,
  • 1/2 cawan air + 1 sudu besar tpng jagung
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 kiub pati ikan bilis maggie
  • 6 biji cili padi - hiris halus
Cara-Cara:
  1. Cuci ikan dgn air asam jawa hingga bersih utk hilangkan hanyir ikan
  2. lumur ikan dgn garam dan tepung jagung seckupnya
  3. Goreng dlm minyak panas hingga garing . ketepikan.
Utk Sos:
  1. Tumis bawang putih, bawang besar, halia hingga naik bau
  2. masukkan cili boh - tumis smpai garing
  3. Masukkan daun limau purut, jus limau, sos ikan namphla & sos tiram - kacau sebati
  4. Masukkan cili padi yg dihiris
  5. Perasakan dgn garam, gula, kiub ikan bilis maggi
  6. dan masukkan air
  7. Lastly masukkan tepung jagung yg dibancuh dgn sikit air
  8. bila kuah pekat, boleh angkat dan tuang atas ikan yg dah digoreng.
*if taknak guna cili boh pun boleh, nanti sos ni jadi warna kuning2 mcm tu..sedap jugak. rase die same je, cume warna je lain :)

12 comments:

  1. terliur tgknya.dah la tgh lapar..harus mencari mknn sprt ini skrg

    ReplyDelete
  2. wah kak sungguh menyelerakan dgn haruman daun limau purut lagi tu..sure bertambah nasi ni...hehe

    ReplyDelete
  3. suami saya mesti suka klo saya masakkan menu ni.. nanti nak cubalah..

    ReplyDelete
  4. salam yatie..ingat nak landing dh sat2..tetiba nmpk siakap sos limau purut ni..terasa lapar lak..dah la malam ni tak mkn nasi..adoyai..ngendeng sini la..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...
    Yea..yea.. yea siakap lagi hehehe. Dalam peti ais ada sekerat tu. Ambik resepi ye kak.

    ReplyDelete
  6. Assalam kak yati,sedapnya ikan akak,daun limau kalu letak dalam masakkan pergh mmg sempoi,harum semerbak jer bau kan kak..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Yatie...

    Salam ziarah di pagi jumaat...ikan siakap sos limau purut tu begitu mengoda sekali...

    ReplyDelete
  8. as-salam kak, sgt menyelerakan ikan siakap sos limau purut tu.. klu makan ratah2 pun sedap

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum akk..
    sedapnyer nmpk ikan nih. nk gi turun amik daun limau purut kt pokok lah ^^

    ReplyDelete
  10. akakkk.saya pun pernah buat tapi resepi kak nor..sedap!! kak nor goreng jugak skit daun limau tu, sedap rupanya daun tu goreng garing tabur atas ikan..yummyy

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum kak yatie...letak daun limau purut ek kak..mesti harum je bau lauk ni kan kak..akak ni memang pandai masak laa...tabik spring toing!!!

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum...kechur kak cek dibuatnya tgk ikan siakap ni...lapo...lapo... :-)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails