Monday, December 6, 2010

Donut.... lagi...

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Pagi ni saya makan donut utk sarapan pagi. Donut ni juga sesuai utk minum petang,lebih2 lagi bila musim hujan ni...laju je anak2 makan termasuklah mama nya. Donut ni lembut dan gebu sangat. Kali ni saya ikut resepi Hasue di MyR....mmng berbaloi dan mudah menyediakannya. Terima kasih pada Hasue yg sudi berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Akak kopipes kat sini pulak ya.



Bahan-bahan ( Untuk Pelbagai Jenis Kuih-Muih Yg memerlukan doh yg lembut) )
  • 500g Tepung Berprotein Tinggi (guna tpg gandum pun ok)
  • 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
  • 50g Marjerin/butter
  • 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak sayuran)
  • 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
  • 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
  • 1 Biji Telur
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • Gula Halus atau topping kegemaran anda
  • 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)
Cara-cara
  1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
  2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
  3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
  4. Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
  5. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap.
  6. Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.
  7. Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
  8. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^

12 comments:

  1. salam maal hijrah yatie..
    aduh tergoda..cantik betul donut yatie..bentuknya bulat cantik ...
    kebetulan..masa pi maha akak beli tepung protien tinggi..tapi belum ada rancangan nak buat apa..
    terima kasih..yatie dah bagi akak idea nak buat apa ngan tepung tu..

    ReplyDelete
  2. Salam kak yatie...
    Kakkkk...buat donut juga yea, saya buat semalam..haha, kita ni selalu je buat benda yg sama kan..ehem ehem....cun donat tuu tergoda ni...

    ReplyDelete
  3. Salam..:)
    tq utk resepi...siap print dah nii.;)

    Selamat Tahun BAru Hijrah...

    ReplyDelete
  4. salam yatie - sedap donat tu mai tukar ngan cucur bilis pagi nih :)

    ReplyDelete
  5. donutttt..ishhh nk buat jugak aa petang ni..kalau rajin.hihi..masuk list

    ReplyDelete
  6. gebunya donut tu... dah tergoda ni. cuti2 sekolah ni anak2 asyik lapor je...pemnitaan tinggilah utk kuih2 ni. donat ni antara feveret.

    ReplyDelete
  7. gebunyer... donut yatie...tgk dah tergoda... ita mmg pantang nampak donut...my fav ni...

    ReplyDelete
  8. Kak Erna,
    Salam maal hijrah juga buat akak sekeluarga....mmng sedap kak makan donat panas2 ni...klau akak nak cuba, silakan, kat label donat pun bnyk versi donat yg semuanya yatie rasa gebu dan sedap...selamat mencuba kak...

    Mat Gebu,
    Salam Maal Hijrah Mat, betullah, kita ni bnyk persamaan lah..mcm tau2 je akak nak mkn donat, Mat pun buat gak....cun ye donat akak, mekaceh sifu Mat....sesekali sifu yg puji best gak..kih3..

    ReplyDelete
  9. Pn Kartini,
    Salam Maal Hijrah juga buat akak sekeluarga...selamat mencuba kak resepi donat ni..mmng sedap..

    Izah,
    Wat je dik klau nak makan tu....kejap lagi akak dtng umah Izah ya, nak tulun gentel tepung....kih3..

    ReplyDelete
  10. Lina,
    wkmsalam, boleh je kita tukar2..yatie mmng suka jemput2 tau.....nak..nak..nak..

    Suzi,
    Gebu ke...mmng gebu dan sedap donat ni...betulllah, cuti sklh ni bnyk permintaan dari anak2....maknya asyik bersilat je kat dapur...tapi seronokkan..

    Azlita,
    Uwaaa klau dekat dah suruh Seri hantar umah Ita...ni jauh..nmpk gaya kena wat sendirilah ya...

    ReplyDelete
  11. salam maal hijrah..kak atie..
    Wah baru nampak kuih donut..ada lg ke?? mmg gebula.nampak senang je..lih cuba nnt..

    ReplyDelete
  12. Mak aiiii...gebu nyer yatie....
    Salam Maal Hijrah...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails