Sunday, December 12, 2010

Kurma Ayam

Assalammualaikum dan bertemu kembali. Hari ni busy sikit, jadi lambat saya n3 kali ni. Hari ni saya masak kurma ayam. Lauk ni kegemaran anak2 sebab rasa rempah tetapi tak berapa pedas. Biasanya kalau masak kurma ayam, mesti saya letak kentang lebih. Kentang akan rasa lebih lemak dan sedap bila di masak kurma. Oklah mari kita lihat bahan2 yg di perlukan.



Bahan-Bahan:
  • 1 ekor ayam -potong kecil, bersihkan dan toskan
  • 1 cawan air
  • 2 cawan santan pekat
  • 4 biji kentang -belah 4
  • 1 labu bawang besar -belah 4
  • 1 batang carrot -potong kecil
  • 2 biji tomato-belah 4
  • 2 biji lada hijau/merah-belah 2
  • 1 pokok daun sup -potong kecil

  • 4 sudu besar rempah kurma - bancuh dngan sikit air
  • 1 sudu kecil lada sulah- di tumbuk halus
  • 1 sudu besar jus limau nipis
  • garam dan sedikit gula
  • 1/2 cwn minyak masak
  • 2 sudu besar minyak sapi
Bahan Tumis
  • 1 btng kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 biji bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 ulas bwng putih- di hiris nipis
  • 3 ulas bwng merah-dihiris nipis
  • 1 btng serai-di titik
Bahan Kisar:
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia halia
Cara-Cara
  1. Panaskan minyak dan minyak sapi dlm periuk. Tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
  2. Masukkan bahan yg di kisar, serbuk lada sulah dan rempah kurma yg dibancuh dngn sedikit air. Kacau sehingga naik minyak.
  3. Masukkan ayam dan kentang. Biarkan sehingga kentang sedikit empuk. Masukkan sedikit air.
  4. Masukkan carrot, garam, sedikit gula dan santan. Biarkan sehingga mendidih.
  5. Masukkan bawang besar yg di belah 4, lada hijau dan tomato.
  6. Perlahan api dan kacau sebati sehingga naik minyak.
  7. Masukkan jus limau dan daun sup, kacau sebati dan biarkan sehingga pekat.
  8. Setelah siap, bolehlah angkat dan hidangkan bersama nasi putih hangat atau nasi kegemaran anda.

5 comments:

  1. sedapnya kurma...peberet anak2 mas juga...mas pun suka letak kentang bnyk2....sedap kan kak..

    ReplyDelete
  2. anak ina suka sgt ayam masak kurma nih. kentang yg ado mesti hbs disapunya. hehehe...

    ReplyDelete
  3. Mas,
    sesekali lauk kurma ayam mmng sedap....ow samalah kita suka letak kentang bnyk...sedapkan..

    Moklong,
    ow sama gak ya...suka kentangnya...sedapkan..

    ReplyDelete
  4. ermmm...memang sedap kurma ayam...dah lama tak buat...anak2 ima pun suka gak...sebab tak pedas...hihihi

    ReplyDelete
  5. rasa lapar la bila tgk masakan akak...nak pi makan kat cafe skg...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails