Monday, December 6, 2010

Nyonya Sambal Terung

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni hujan terus menerus, sejuk dan nyaman rasanya. Pagi tadi makan donat, tak sangka samalah pulak dngn menu Mat Gebu...cuma Mat punya menu sihat iaitu Donat Berserat Tinggi, saya punya donat biasa je. Bila singgah rumah Mat tu....biasalah, selongkar dapur dia, cari apa2 yg ada kat sana. Saya pun ambillah resepi nyonya sambal terung resepi Peranakan ni. Waduhhh..mmng sedap sangat....saya mmng peminat terung, jadi saya masak lebih dan bahan2 rencah pun kenalah lebihkan. Terima kasih Mat kongsikan resepi nyonya sambal terung kat sini...akak terasa mcm nyonya baba sekejap pulak ni....hi3....Akak kopipes kat sini ya.



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 biji terung biru saiz besar (kalau kecil, guna 2 biji)
  • 2 helai daun limau purut
  • 5 biji limau kasturi
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 5 biji cili merah*
  • 6 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 cm kunyit hidup*
  • 1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
  • 2 biji buah keras*
  • 1/3 inci belacan*(*ditumbuk lumat)
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Terung, dikupas sedikit kulitnya, potong serong dan rendam dalam air yang dimasukkan sedikit garam. Limau kasturi, diperah jusnya. Ketepikan.
  2. Toskan terung tadi, lap kering dengan paper towel, kemudian goreng sekejap dalam minyak panas(anggaran 30 saat). Angkat, tos dan letak atas paper towel. Kemudian susun dalam pinggan sesuai. Ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan daun limau purut dan masak hingga pecah minyak, tuang jus limau kasturi, gaul dan rasa. Jika ok boleh matikan api.
  4. Angkat sambal tadi dan letak atas terung, ratakan dan hidangkan segera bersama nasi hangat dan ikan goreng....

5 comments:

  1. Salam Yatie,
    memang sedap terung di masak mcm ni...
    Teringat pulak 'Lawa terung' yg lama dah tak makan....

    ReplyDelete
  2. salam, nasib baik tak makan sayur. kalau menu yang yg membuka selera, dah suruh wife buatkan sekarang gak. hihihi

    ReplyDelete
  3. alamak kecurnye tgk...kena cuba ni...

    ReplyDelete
  4. hai kak yatie :D SAYA SUKAAAA SANGAT dengan blog akak ni tau. best sangat3.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails