Friday, December 31, 2010

Lepat Ubi

Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Dah bersarapan ke belum? Maaflah ya, sejak semalam saya dok melayan gambar je....nak habis tahunlah katakan. Itu adalah sebahagian dari kenangan saya sepanjang tahun 2010. Terima kasih pada kawan2 semua yg ucap tahniah pada saya....blog sempoi tempat berkongsi ilmu. Semoga kita semua mendapat manfaat darinya. Oklah, pagi ni saya nak kongsikan bersama resepi lepat ubi yg saya buat semalam. Minggu lepas saya dah buat kuih ni...alang2 ada lagi ubi dan permintaan suami saya buat sekali lagi lepat ubi ni. Biasanya saya main agak2 je resepi ni, tapi kali ni ikut resepi Ayu Singapore...mmng sedap. Terima kasih Ayu berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni..Yatie kopipes kat sini plk ya..



Bahan-Bahan
  • 1 kg ubi kayu diparut or di blender-(Ayu gunakan yang dah siap dikisar...saya pun sama)
  • 135 gm santan pekat
  • 238 gm air gula melaka (saya guna 1 1/2 ketul gula melaka, hiris halus dan masak sebentar, campurkan air dlm 100 ml dan sehelai daun pandan, sejukkan dan tapis..)
  • 1 sudu makan gula timbang (kalau kurang manis boleh tambah...terpulang pada masing2...)
  • 1 sudu besar tpng ubi (saya tambah..)
  • garam secukup rasa
  • Daun pisang secukupnya, dan layurkan
Cara-Cara
  1. Ubi kayu dibuang kulit, bersihkan, diparut, toskan buang airnya tapi ambil kanjinya sahaja(yang keras dibawah, buang air putihnya sahaja.)
  2. .Ambil kanji tadi dan gaulkan balik dengan ubi kayu parut tadi.
  3. Masukkan air gula melaka, santan pekat , garam dan gula timbang.
  4. Gaul rata. Sudukan 2 sudu besar adunan keatas daun pisang dan bungkus seperti bungkus nasi lemak. Kukus selama 30 minit atau hingga masak.

19 comments:

  1. lepat ubi, sedapnya..lma dah tak makan, terliur dah ni kak..
    tahniah kerana menjadi blog pilihan....blog akak memang best, memang layak dapat,mas pun tumpang gembira....

    ReplyDelete
  2. Salam..morning kak yatie..Errmmm makan lepat pagi2..sedapnya...

    ReplyDelete
  3. kak yati,
    kuuuuuuuusss semangat...kalau berniaga ni, beratur org nak beli...nampak menarik..

    ReplyDelete
  4. salam yatie,
    wah dah siap dah lepat ubi yatie ya..
    warna lepat tu kita suka, gelap warna gula melaka, mine gula melaka birat aje..hehehe
    Thanks yatie sudi cuba recipe yang tak seberapa ni ya..

    ReplyDelete
  5. Salam Yatie,
    sedapnya lepat tu, memang kegemaran sy, tapi tak pernah buat pun sebab hubby ngan anak2 tak suka makan, selalunya beli je. Tapi biasalah kalau beli tu faham2 je la, terliur tengok lepat tu

    ReplyDelete
  6. salam rindu yatie.
    kecurnya tgk lepat ubi yatie ni. dah lama tak makan. huhu... nak mintak jauh. hua hua...
    tahniah ya jadi blog pilihan.:)) selamat tahun baru masihi. moga berbahagia n suksess selamanya...

    ReplyDelete
  7. k yatie.. happy new year.. lepat new year yer..

    ReplyDelete
  8. salam kak.yatie..
    kiter suker lepattt! nak buat xde daun pisang... nak bli lagi dah xde napsu dah! hihi.... mintak akak jerk lah er.... nwy slamat taun baru wat akak skluarga..

    ReplyDelete
  9. salam yatie... sedapnyer lepat pisang... tapi klu mak ita tak pangil lepat dia panggil belebat pisang...hihihi ada lagi tak? nak dtg umah ni...

    ReplyDelete
  10. @Mas
    mmng sedap Mas lepat ubi ni...akak makan tak henti2..suka betul kuih ni..mekaceh Mas atas ucap tahniah tu...kegembiraan di kongsi bersama...

    ReplyDelete
  11. @ibh
    wkmsalam, mmng sedap mkn lepat ni,tak kira pagi atau petang...

    ReplyDelete
  12. @hani
    hah3..klakor jek..rasanya Hani orng pertama yg beli kot...

    ReplyDelete
  13. @Ayu
    wkmsalam, yatie mmng suka lepat ubi ni...sbb tu cari resepi yg mudah dan sedap...thanks berkongsi resepi ni..best..

    ReplyDelete
  14. @aidah
    wkmsalam, sesekali buat sendiri mmng berbaloi..puashati dan sedap..cubalah..

    ReplyDelete
  15. @anis
    wkmsalam, kalau dekat mmng yatie dah bagi rasa kak.....TQ kak wish tahniah kat Yatie..blog sempoi je kak..

    ReplyDelete
  16. @hana
    mmng sedap lepat ubi ni..nah akak bagi 5 ketoi lepat utk Hana...takyah susah2 buat ye...slmt thn baru gak wat Hana sekeluarga....

    ReplyDelete
  17. @AZLITA AZIZ
    wkmsalam, Yatie pun samalah Ita, kdng2 sebut belebat ubi je....sowwy dah abeslah...dtnglah, yatie buat menu lain ya...

    ReplyDelete
  18. Macma mana nak buat lepat ubi lepas masak dia lembut,saya biasa tak taruh tepung ubi. apa fungsi tepung ubi tu?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails