Thursday, December 23, 2010

Talam Tokyo

Assalammualaikum dan bertemu kembali. Harap anda semua sihat dan sentiasa bahagia di samping keluarga tersayang. Bagi saya serta keluarga alhamdulillah sihat walafiat. Rindu rasanya tak bertemu anda semua walaupun hanya jumpa di alam maya. Sebenarnya saya pergi ke KL bersama keluarga, ini pun kerana ada urusan penting...jadi aktiviti blog terpaksalah di rehatkan buat sementara waktu. Terima kasih pada kawan2 yg sudi luangkan masa di blog Sinar Kehidupanku....kehadiran anda semua amat2 saya hargai. Sebelum bertolak tempohari, saya sempat membuat kuih Talam Tokyo. Saya pun tak tahu kenapa kuih ini di namakan Talam Tokyo...padahal ini adalah kuih tradisional orang Melayu. Kemungkinan besar kuih ni di cipta oleh orang Malaysia yg duduk menetap di Tokyo.....tak pun kenalah tanya kawan2 yg dok di Jepun ya. Resepi kuih ni saya C&P dari blog Paty's Kitchen. Terima kasih kepada penyumbang resepi....pada peminat kuih talam tu, bolehlah mencuba resepi yg mudah dan sedap ini.




Bahan Utk Lapisan Bawah
  • 1 cawan sago (cuci dan toskan)
  • 1 paket suon (bungkusan kecil, di rendam dan dipotong)
  • 1/2 cawan kelapa parut
  • 1/2 cawan santan
  • secubit garam.
Cara-Cara
  1. Cuci sago sebentar dan toskan. Rendam suon berasingan dan potong kecil.
  2. Satukan adunan dan masukkan ke dalam loyang 8" yang telah dioleskan dengan minyak. Saya alas plastik dan oleskan sedikit minyak. Kukus selama 15 minit dan tekankan dengan sudu supaya lapisan menjadi sama rata.
Bahan Utk Lapisan Atas
  • 4 biji telor
  • 1 cawan gula
  • 3 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1/4 cawan tepung hong kue
  • pewarna kuning dan hijau
Cara-Cara
  1. Campurkan semua bahan dan blend rata.
  2. Tapis dan bahagi adunan kepada dua bahagian.
  3. Satu diwarnakan hijau dan satu lagi diwarnakan kuning.
  4. Tuangkan adunan kuning ke atas lapisan bawah (cakar2 sedikit lapisan sago tu, dan kukus selama 10 minit.
  5. Kemudian masukan adunan hijau dan kukus selama 20 minit lagi. Padamkan api dan biarkan kuih benar-benar sejuk baru dipotong. Sedia dihidang.

20 comments:

  1. cantiknya Talam Tokyo ni..licin jer potongannya..

    ReplyDelete
  2. Salam Yatie...
    Waaaaaa, akak mmg cari gak resepi nih...ada jamuan hari tuh, caterer wat kuih ni..akak suka sgt, segala base kuih guna sagu akak mmg suka...ok nnt akak nak try..thanks share ya Yatie..muaahhh

    ReplyDelete
  3. sedapnya ..nk belajar buat jugk la

    ReplyDelete
  4. salam kak yatie...sedapnya talam tokyo...terliur linda...bila2 free nak cuba resepi akak la plak...sbb resepi yg linda penah cuba berbeza skit kat bahagian atas tu...

    ReplyDelete
  5. salam akak..ingatkan talam kedah (hijau+kuning),rupanya talam tokyo...hehehe

    ReplyDelete
  6. salam kak..
    wahh g cuti2 kak er? bestnyerr.... kite pong pelik nape nama dier talam tokyo.. lom penah lg cube mana2 talam.. nak cube talam yg senang2 dulu.. hihi..

    ReplyDelete
  7. tengok kuih muih k.yati kat sini semua best!! terliur heehee..

    ReplyDelete
  8. yatie mmg terror wat talam, nmpk cntik terang kaler dia. nmpk cam x baper susah buatnya, boleh gak cuba nanti.

    ReplyDelete
  9. salam... yatie.. sedap nyer... susah nak cari kuih ni kat Tokyo je ada...hihihi... nasib baik yatie dah bawak balik m'sia boleh la cuba...

    ReplyDelete
  10. salam yatie..
    macam2 talam ada ye yatie.. specialnya talam tokyo ni sebab ada sagu.. kalau rajin bolehlah cuba ni..

    ReplyDelete
  11. @Ummi
    wkmsalam, mmng sedap kak kuih talam tokyo ni...ada satu resepi tu tak letak suon....pun sedap gak...snng2 nnti yatie n3 ya..

    ReplyDelete
  12. @YusLinDhia Zamani
    wkmsalam, silalah cuba..mmng sedap kuih talam tokyo ni..

    ReplyDelete
  13. @Shaiful Zaidi
    wkmsalam, hehehehe..klakorlah pulak kuih talam Kedah...patutnya kena warna putih dan merah ya....barulah kena dngn nama kuih ni...kih3...

    ReplyDelete
  14. @hana
    wkmsalam, akak dok ronda2 KL je..layan anak2 cuti sklh ni...sesekali cubalah wat kuih talam...mmng sedap talam tokyo ni..

    ReplyDelete
  15. @Lady Lavender
    mekaceh ya sudi singgah sini..mmng sedap kuih ni..

    ReplyDelete
  16. @Am (Flora Heights)
    Yatie peminat setia kuih2 mcm ni kak...mmng mudah dan sedap kuih ni..cubalah..

    ReplyDelete
  17. @AZLITA AZIZ
    wkmsalam, cubalah Ita...mmng sedap kuih ni..jauh berjln kuih ni..tu yg namanya Talam Tokyo...kalau Ita buat, tukarlah warna bendera Jepun ya...barulah kena dngn namanya..kih3..

    ReplyDelete
  18. @MaDiHaA a.k.a Ratna
    wkmsalam,mmng sedap kuih ni..ada sago tu yg buat kuih ni special...cubalah..

    ReplyDelete
  19. As-Salam Yatie, baru jumpa blog yatie. Alhamdulillah dah cuba talam ni, anak-anak suka, akak bawa pergi office pun diorang kata sedap. Thank you yatie.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails