Sunday, December 26, 2010

Soto Madura

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni hari minggu, so kenalah masak yg special sikit. Biasanya waktu inilah suami dan anak2 berselera nak makan sesuatu yg istimewa selain nasi putih. Kalau setiap hari makan nasi putih pun jemu juga ya. Kali ni saya masak soto madura. Biasanya mak dan kakak saya suka masak soto madura ni, kalau masak tu...bukan setakat sedap je, tapi banyak. Puas saya makan dan ada juga utk di bawa pulang. Biasanya kita makan soto kuah sup, tapi soto madura ni kita makan bersama kuah lemak dan sambal kicap. Rasanya teramatlah sedapnya. Kalau kawan2 nak merasa tu, bolehlah mencubanya.



Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam – dipotong 12, cuci dan toskan
  • 1 s/k garam dan sedikit serbuk kunyit utk mengoreng ayam.

  • 2 kotak santan kara/ayam brand ( 1 kotak 200ml)-guna santan kotak supaya kuahnya cantik, tak pecah..
  • 4 cwn air atau secukupnya
  • 3 batang serai – dititik
  • 1 btng kayu manis dan 1 kuntum bunga lawang
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 8 ulas bawang merah - dikisar
  • 5 ulas bawang putih - dikisar
  • 1 inci kunyit hidup - dikisar
  • 1 inci halia - dikisar
  • 1 s/k lada putih/sulah- di tumbuk halus
  • Garam dan sedikit gula..
Lain2 bahan yang diperlukan :
  • sambal kicap
  • Taugeh buang ekor, cuci dan toskan-tak perlu di celur
  • Hirisan daun sup
  • Bawang goreng
  • Nasi impit secukupnya
Cara Penyediaan.
  1. Goreng ayam sehingga masak dan ketepikan dulu. Sekiranya dah sejuk, bolehlah di siat2 kecil dan ketepikan...bila nak makan soto madura, barulah letak ayam tadi dan siramkan kuahnya.
  2. Panaskan minyak dalam periuk untuk menumis. Masukkan kayu manis dan bunga lawang. Masukkan bahan2 yang telah dikisar, jintan manis dan ketumbar...masukkan lada sulah yg telah di tumbuk lumat.
  3. Tumis hingga naik bau. Masukkan serai yang telah dititik.
  4. Kemudian masukkan santan, dan kacau sentiasa. Masak hingga mendidih.
  5. Masukkan garam dan perasakan, sekiranya dah ok, bolehlah matikan api.
*** Hidangkan bersama nasi impit,ayam yg telah di goreng dan di potong kecil/siat2kan, sambal kicap dan taugeh mentah. Taburkan bawang goreng dan hirisan daun sup. Siap utk di makan.

13 comments:

  1. salam kak.... sedapnyerrr... kite suka onde2 ngan soto akak nih... kalau dekat dah lama datang ngendeng! hihihi.... *tak malu tol! :D

    ReplyDelete
  2. tak pernah pulak buat soto kuah lemak ni..biasanya buat kuah sup gitu aje...macam ni nak cuba cara ni pulak...tk kongsi resepi...soto madura ni dari Indon ka???

    ReplyDelete
  3. salam k.yatie..
    santan guna 2kotak yg 1l ka?
    tq

    ReplyDelete
  4. salam kak yatie, terliurnya mas tengok soto tu...mas dah banyak kali buat, memanggg sedapp soto ni......

    ReplyDelete
  5. kak yatie, mie nak 2 mangkuk... dh lama xmakan soto. nak buat kurang rajen,hehhehe....

    ReplyDelete
  6. salam yatie.. kak ilah juga sunyi dan rindu dgn semua kawan2 blogger.. tenet teruk semasa di kg.. apa nak buat. tapi kak seronok tgok gmbr yatie di dam tuuu.. byk ilmu dipelajari dari situ.. macehh.. minta soto madura sepinggan malas nak masak malam ni.. pak mentu dan ipar2 baru pulang ke melaka ptg tadi.. sunyi sepi laaa..

    ReplyDelete
  7. Salam Yatie,
    Sedapnya nampak soto tu, mai semangkok nak rasa...... tak pernah makan lagi ni..

    ReplyDelete
  8. Salam K.Yatie,
    singgah dapur akak mlm2 ni...lapar la pulak...nampak sedap la soto madura ni lum pernah mkn lagi ni...bila la nk try buat ni...:)

    ReplyDelete
  9. erm..sedap ni.mmg lom penah cuba soto kuah lemak ni, sedap lak rasa:)

    ReplyDelete
  10. salam yatie,
    sedapnya nampak soto madura ni..tambah dengan cili padi kicap memnaglah kasi montot terangkat..hehe..oh ya yatie, kita minta izin ambil resipi orange mocha brownies tu ya..bila2 anti kita masukkan entry.thanks ya yatie

    ReplyDelete
  11. Salam kak yatie,
    Sedapnya nampak soto madura tu. makan ngan kuah lemak ngan kuah kicap,kak? lain dari biasa. mula2 ingat masak lodeh. Nyam.. sedapnya..! Lapar ni. hihi..

    ReplyDelete
  12. salam...tak penah buat soto,tengok pic tu hmm berjelira,tingin nk buat..dah copy resepinya,tima kasih

    ReplyDelete
  13. Saya nak buat la untuk berbuka hari ini lama tak buat .agak2 dah 12 tahu agak nya la nyam..... sedap......

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails