Tuesday, June 29, 2010

Ayam Beriani

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Dah makan ke belum? Hari ni saya masak ayam beriani resepi dari chef terkenal iaitu Kak Hanieliza. Sedap sungguh resepi kali ni...saya makan bersama nasi minyak Kak Liza juga...tak dapat rasa masakan K.Liza, dapat cuba resepi darinya pun sudah memadai. Alhamdulillah kami sekeluarga suka dngn menu hari ni. Izinkan saya C&P resepinya di sini ya akak. Terima kasih banyak2.


Bahan-Bahan
  • 1 ekor ayam [potong kecil]
  • 4 s/b rempah beriani ] bancuh dgn sedikit air
  • 1 s/b serbuk lada (saya tambah...nak pedas sikit)
  • 1 cawan plain yogurt
  • 3 s/b tomato puree
  • 2 biji tomato buah [belah 4]
  • 3 biji tomato buah ranum [mesinkan dengan 2 cawan air]
  • 3 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau
  • 2 labu bawang besar [belah 4]
  • 1 pkok daun ketumbar [potong kasar]
  • garam
BahanTumbuk
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
Bahan Tumis
  • 2 cm kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 tangkai daun kari
  • minyak
Cara-Cara
  1. Ayam dibuangkan kulit dan basuh. Toskan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
  3. Masukkan bahan tumbuk dan rempah berani yg dibancuh dgn air. Kacau rata sehingga naik minyak.
  4. Masukkan buah tomato yg telah dimesin denngan air dan juga tomato puree . Biarkan sehingga lembut.
  5. Masukkan ayam dan yogurt. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak.
  6. Masukkan buah tomato belah, cili merah dan cili hijau, bawang besar dan juga daun ketumbar. Rasakan garamnya.
  7. Bila dah nampak layu boleh tutup api dan hidangkan dengan nasi beriani atau roti.

6 comments:

  1. Salam kak! gigi kita sakit tp kita nak rasa ayam tu dapat jilat2 kuah dia tu pun dah cukup sedap :-( aduhhhhh tak sabo betul nak g jumpa dentist walau malu beribu lemon :D

    ReplyDelete
  2. k yatie... pekatnya kuah dier.... sedap tue cicah roti naan

    ReplyDelete
  3. kak yatie...oo kak yatie...ada worang tak ni..kalau tak de nak cilok ayam beriani sikit laaa nak mkan dengan nasi beriani..aaa tetiba plak...

    ReplyDelete
  4. Salam Yatie..

    kita dtg tgh lapar ni..bawak pinggan kosong jer..letak ler nasi, lauk, apa2 yg patut :)

    ReplyDelete
  5. Ika=> wkmsalam, boleh je.....akak tau klau sakit gigi tak selera nak mkn apa2...sabar ya...

    PearlnScarf=> mmng pekat...akak cicah dngn roti putih je...

    ReplyDelete
  6. Izah=> ya saya....akak mmng tunggu Izah dari tadi ni....nah akak bagi 3 ketoi....takyah cilko2 ya...hi3..

    Yat Maria=> wkmsalam,wokey....mailah akak sediakan segalanya....kita makan sama2 ya..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails