Friday, October 22, 2010

Velvet Steamed Fruit Cake

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Semoga anda semua ceria di hari jumaat yg penuh keberkatan ini. Hari ini saya buat kek kukus lapis buah. Resepi ini seakan2 resepi kek kukus velvet. Saya buat ikut sukatan yg mudah dan biasa saya gunakan. Kalau kawan2 nak cuba tu bolehlah mencuba resepi ini....pasti menjadi. Saya mmng gemar jenis kuih/kek yg di kukus. Rasanya yg lembut dan lembap tu yg membuatkan saya makan lebih.



Bahan-bahan
  • 5 biji telor gred A (yang sejuk dari fridge)
  • 1 1/2 cwn gula halus
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu besar ovallette
  • 150 ml susu cair
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 100 gm minyak jagung/masak
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • beberapa titis pewarna merah, kuning dan hijau
  • 100 gm buah-buahan campuran (di cincang)
Cara Membuat:-
  1. Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk dan ketepikan dahulu.
  2. Pukul gula dan telur hingga kembang. Setelah kembang masukkan ovallete dan pukul lagi sehingga betul2 kembang dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul sebati.
  3. Masukkan tepung dan b.powder yg telah di ayak berselang seli dengan susu dan masukkan esen vanilla. Gaul sebati dan bahagikan pada 3 bahagian....letak pewarna kegemaran.
  4. Loyang dialas kertas dan sapu sedikit mentega. Letak adunan merah dulu, ratakan permukaannya dan tabur 50 gm buah2an campuran... kukus selama 15 minit dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
  5. Buat pula lapisan hijau, ratakan dan tabur 50 gm buah2an campuran dan kukus lagi 15 minit.
  6. Untuk lapisan yang akhir (lapisan kuning) kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
  7. Setelah kek masak, angkat dan biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian baru diterbalikkan di atas redai supaya sejuk.
***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan, ambil 4 senduk lauk dan bahagikan kpd 3 mangkuk dan warnakan. Untuk lapisan terakhir tak perlu tabur buah2an campuran.

9 comments:

  1. Salam Dik Yatie...lama betoi tak singgah sini....teruja Akak tengok kek buah tu....suapkan sepotong!

    ReplyDelete
  2. Salam kak yatie!! dtg pagi2 dgn harapan kek velvet buah tu ada lagi sbb nk tumpang sarapan kat sini hihihi....

    ReplyDelete
  3. Salam Yatie,
    kek tu ada lagi ke?

    ReplyDelete
  4. salam kak...datang nak ngendeng kek tu...nampak cantik dan messtii sedapp kan...

    ReplyDelete
  5. lawo kek lapis cam ni pulak2 dari puteri nan satu ini yang buat kan kak!!! kak yatie kalau masakan nyer masuk blog memang tak menghampakan..mmg best..erk..ni dah bodek2 separuh bakul ni, ada dapat free kek ni tak?hahaha

    ReplyDelete
  6. sedapnye kak yatie...kalerful btl tgk kek ni.. ni kalau dpt dlm 2 3 keping ni mst bestkan ,hehehhe....

    ReplyDelete
  7. salam kak... adehhhh nih lagik la peberet kiter! cam dah lama jerk tak wat kek lapis gini... bak sepotong dulu kak..

    ReplyDelete
  8. yatie

    cantek arr kaler kek tu..ijo, merah kuning..teringat kita kek kukus horlicks kemarin..ada sepusat sepusing ngan kaler kek ni :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails