Wednesday, October 6, 2010

Sambal Telur

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini saya masak nasi lemak. Kali ni saya makan bersama sambal telur dan sambal tumis ikan bilis. Resepinya mudah je...tapi saya kongsikan bersama di sini utk rujukkan anak2 saya di kemudian hari. Pada yg sudi tu, bolehlah mencubanya.


Bahan-bahan
  • 10 biji telur - di rebus dulu sebiji-sebiji
  • 1 cwn cili kering kisar -(20 btng cili kering, rebus/rendam dngn air panas)
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan
  • 1 biji hirisan bawang besar
  • 1/2 cwn air asam jawa
  • garam dan gula secukupnya
  • 1/2 cwn minyak masak
Cara-cara
  1. Kisar bahan yg bertanda *.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang besar yg di hiris sebentar je.
  3. Masukkan bahan kisar tadi. Tumis hingga terbit minyak.
  4. Masukkan air asam jawa,garam dan gula. Kacau sebati.( Gunakan api sederhana je..)
  5. Akhir skali masukkan telur yg telah di rebus dan di kupas kulitnya.
  6. Perasakan, sekiranya dah ok, bolehlah di angkat dan di hidangkan.

6 comments:

  1. salam kak yatiee...
    Tinggal buat nasi lemak jeee...uikk no no no , dah gebu tak bley lahh nasi lemak..heheh, tapi memang ngam lahh nasi lemak..alahh mcm mana nih..

    ReplyDelete
  2. emmm...sedapnyer..telur sambal tu makan dengan lontong...wallahhh!!

    ReplyDelete
  3. kecur air liur tengat nasik lemak makan ngan sambal telor gini... sllu telor goreng jer!

    ReplyDelete
  4. @Mat Gebu
    Salam Mat,
    Mmng kena betul dngn nasi lemak....akak dah buat tapi nak update tenet lambat....ish3..tapi mmng sedap woooo sambal ni dngn nasi lemak...

    ReplyDelete
  5. Ainzuryn, mmng sedap pun mkn dngn lontong.....ish rasa nak buat lontonglah pulak....hi3...

    ReplyDelete
  6. Kak Rose= terpulang pada selera masing2 kak....sambal tumis dngn telur goreng pun sedap...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails