Wednesday, June 30, 2010

My Son's Birthday




Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Sebenarnya hari ini adalah hari ulangtahun yg ke 18 thn anak sulung saya Mohamad Talhah bin Mohd Khata. Sudah 3 tahun kami tidak meraikan hari ulangtahunnya. Ini adalah kerana kami sekeluarga berada di USA, sementara anak saya berada di Malaysia. Memang berat dengan perpisahan ini...tapi kerana tanggungjawab kami sekeluarga terpaksa berpisah buat sementara waktu.

Pada thn 2007 kami sekeluarga pergi ke US kerana tugas...anak saya akan menghadapi peperiksaan PMR pada masa itu. Berkat perbincangan kami bersama dan atas nasihat guru2 anak saya meneruskan peperiksaan. Alhamdulillah berkat kesabaran,pengorbanan dan ketekunan...anak saya berjaya mendapat 8A di dlm PMR. Hati saya sebagai ibu yg melahirkan amatlah gembira sangat dan berasa amat bersyukur pada masa itu.

Pada thn 2009 pula anak saya sekali lagi menghadapi peperiksaan yg amat penting iaitu SPM. Saya selalu berdoa pada yg Maha Esa supaya anak saya berjaya dengan cemerlang. Memang berat menghadapi peperiksaan di mana ayah dan ibu berada di perantauan. Alhamdulillah sekali lagi anak saya berjaya dngn mendapat keputusan yg cemerlang iaitu 10A dlm SPM tempohari.
Sebenarnya bukanlah niat saya nak menunjuk2 atau berbangga dngn kejayaan ini....tetapi saya hanya ingin berkongsi kegembiraan yg saya kecapi berkat pengorbanan ini.
Perpisahan selama 3 tahun ini berbaloi rasanya, dan saya sentiasa berdoa moga kami sentiasa beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat. Terima kasih padamu Ya Allah.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ulangtahun yg ke 18 thn pada anak saya Mohamad Talhah bin Mohd Khata...moga di panjangkan usia, di beri kesihatan yg baik, di berikan rezeki yg berkat, menjadi anak yg soleh, berbakti pada ibu bapa,negara dan bangsa...dan semoga berjaya di dunia dan akhirat...Aminn.

Di sini juga ada saya sertakan gambar kek yg saya buat sempena hari ulangtahun anak saya. Biarlah anak saya sentiasa ingat bahawa mama,ayah serta keluarga di sini sentiasa ingat dan sayangkannya,walaupun pada saat ini anak saya tidak dapat merasai hasil masakan mamanya. Sesungguhnya kami amat merinduimu anakku. Sentiasalah ingat pesanan mama supaya taat perintah Allah dan pandai2 menjaga diri. Terima kasih pada anakku (M.Talhah..) kerana membahagiakan kami...perjalananmu masih jauh. Semoga anakku terus berusaha dan tidak jemu utk mencari ilmu dunia dan akhirat.

21 comments:

  1. alhamdulillah...lieya tumpang gembira dgn kejayaan anak kak yatie...ibu/ayah mana yg tak gembira melihat kejayaan anaknya....akak layak utk rasa bangga dgn pencapaiannya...mudah2 anak2 lieya pun bijak mcm anak2 kak yatie juga....
    utk mohd.talhah...semoga dilanjutkan usia...dimurahkan reseki & sentiasa dibekati olehNya...semoga kejayaan akan terus mengiringi perjalanan hidup adik...aminnnnn.

    ReplyDelete
  2. hampir menitis air mata bila baca post yatie untuk yg ini..kita dapat bayangkan macam mana perasaan yatie..alangkan my son pergi shnaghai 10 hari kita dah merinduinya teramat sangat..
    HAPPY BIRTHDAY MOHD TALHA,
    semuga pengorbanan yg keluarga dan diri sendiri lakukan membuahkan satu kebahagian dibelakang hari kelak..insyaallah!..

    ReplyDelete
  3. selamat hari jadi buat adik mohamad..semoga sihat selalu dan tahniah atas keputusan peperiksaan yang sungguh bagus:

    ReplyDelete
  4. Salam Kak..saya pun mcm AYU hampir menitis air mata..semoga pengorbanan anda sekeluarga mendapt ganjaran yang sebaik2nya,insyaALLAH..AMIN
    HEPI BIRTHDAY ADIK TALHA..

    ReplyDelete
  5. K.Yatie.. erma sangat terharu baca n3ni.. besar sungguh pengorbanan akak sekeluarga..
    -Selamat Ulang thn kepada Adik Mohd Talhah.. tahniah atas kejayaan dlm peperiksaan n dlm menggembirakan hati kedua ibu bapa...
    -Semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan Akak sekeluarga..
    -Semoga Adik Talhah akan terus berjaya n berbahagia.. dunia n Akhirat...

    ReplyDelete
  6. Salam kak yatie.. terharu baca n3 akak kali ni, sedihnyer sebaknyer tak dpt nak bygkan perasaan akak selama 3 tahun ni, sesungguhnyer pengorbanan akak terbalas selama 3 tahun ni walaupun perjalanan masih jauh DOA akak n family tetapp mnegiringinya sehingga berjawa insyaAllah.. SELAMAT HARI LAHIR buat MOHAMAD TALHAH MOHD KHATA, semoga apa yg ddoakan menjadi kenyataan dunia akhirat... Mesti ank akak bangga dpt mama yg penyanyang mcm akak :-) n untuk akak jugak semoga perngorbanan akak berolehi kebahagiaan, insyaAllah.

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah anak akak berjaya. lela tumpang gembira....epi besday talhah

    ReplyDelete
  8. yatie...alhamdulilah touching...baca N3. Tahniah kepada ibu dan anak..happy birthday Talhah...semoga terus cemerlang di dunia dan di akhirat Insya Allah.

    ReplyDelete
  9. ha ah...saya pun nak nitis air mata..terkejut gak ada anak bujang rupanya..sebab tengok gambo cuti tu hari bertiga je..sabar ye kak yatie dan talhah..happy birthday to you

    ReplyDelete
  10. salam kak Yatie...dah besar dah rupanya anak akak yer...tahniah pada akak sekeluarga dan happy birthday to Talhah...semoga barjaya dlm apa jua bidang yg diceburi..insyaAllah.

    ReplyDelete
  11. syahdu baca n3 akak...memang perit perpisahan sementara ni kan..semoga akak dan family terus tabah...Tahniah pada akak n hubby atas kejayaan mendidik anak2 sehingga mencapai kejayaan yg begitu cemerlang! boleh share tips kejayaan anak akak nanti ye...Happy 18th birthdy to Talhah!

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum kak yatie.
    dan selamat ulang tahun untuk mohamad talhah, semoga menjadi anak yang soleh dan kasih terhadap kak yatie dan suami.
    jauh perpisahan tapi anak akak tetap berjaya. mashaallah.
    best la kalau dapat makan kek birthday tu.

    ReplyDelete
  13. Salam Yatie...Selamat Ulangtahun Kelahiran Ke 18 buat Along, semoga terus mengecapi kejayaan demi kejayaan di dunia dan akhirat...berbaloi la rasanya Yatie tempatkan dia di asrama tu...lain sikit cara belajarnya..kalau duk dgn kita, anak2 ni dah jadi kurang pandai nak berdikari..cuma untungnya boleh nampak depan mata je laa..n boleh hantar tusyen kalau duk dgn kita..kalau duk asrama jauh..kna kuat belajar sendiri..Nampaknya anak Yatie ni mmg menjadi sungguh...alhamdulillah...
    *psstt..kek tu sapa nk mkn tu?

    ReplyDelete
  14. salam kak yatie..
    saya tatau nak kata apa..coretan akak penuh bermakna..apa2 pun selamat ulang tahun ke 18 untuk si bujang tu yeaa...wajah dia ada iras2 kak yatie kann...

    ReplyDelete
  15. salam yatie mama manis yg bertuah..

    akak sungguh terharu dan gembira hari ini. N3 ini bukan menunjuk2 atie.. inilah satu kebanggaan sorg ibu yg melahirkan sorg anak yg cemerlang dlm hidup mereka.
    N3 akak pasal anak ke 3 tempoh hari pernah dicela "akak ni riakkk."
    akak terima kata2 tu dgn trbuka..krn masih ada org mencemburui kita utk setiap kejayaan..maka ini merupakan cabaran.

    happy birthday along smoga along berjaya dan belajar di USA nanti bolehlah ikut keluarga dan tinggal berdekatan....aminnn berkatilah anak ini..
    hensom laaa...leh buat menantu tak? hehehe..jgn mare akak gurau..utk haapykan atie..

    ReplyDelete
  16. salam yatie...sayunya baca n3 yatie. akak boleh rasa apa yg yatie rasa. kdg2 kita kena berkorban demi masadepan anak2. Akak doakan semoga yatie tabah berjauhan dgn anak yatie. Akak juga nak ucapkan tahniah di atas keputusan cemerlang Mohd Talhah. Semoga terus cemerlang dan berjaya didunia dan di akhirat.

    psst.tak dpt nak tahan airmata bila tengok kek hr jd yg yatie buat utk talhah tp talhah tak dpt menikmatinya.

    ReplyDelete
  17. salam kak yatie..
    alhamdulillah..dah besar anak bujang akak yer...so touchingggg baca bicara akak tuh..kata org2 tua..bersusah2 dahulu..insyallah senang kemudian hari...semoga tabah mghadapi hari depan...& not to forget happy birthday utk anak teruna akak..

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikumwnbh....

    Kak Yatie...semoga Allah swt memudahkan urusan kakak sekeluarga dunia n akhirat..ameen

    ...buat adik Muhammad...Selamat Menyambut Hari Lahir...Hidupalah dengan AL Quran n Sunnah..jadilah anak yang soleh bg kedua ibu bapa...

    ReplyDelete
  19. Hi KakYatie, U got a 18yrs old son??? U look so young dearie!!!

    Anyways, belated birthday wishes to him...may he excel in whichever field he's in. All the best! :D

    ReplyDelete
  20. alamak...yatie wat akak nanges le baca n3 ni...x p..sabo eh...selamat arijadi to Talhah...

    ReplyDelete
  21. Yatie utk semua kwn2=> terima kasih atas ucapan yg di berikan...suka dan terharu rasanya....semoga Allah memberkati hidup kita semua...Aminn.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails