Monday, June 28, 2010

Kuih Lapis Kacang Hijau

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Sebenarnya hari ni saya masak bubur kacang hijau, jadi alang2 dah rebus kacang hijau tu...saya ambil sedikit untuk buat kuih lapis kacang hijau ni. Resepi asal adalah dari Kak Liza. Terima kasih akak resepi yg sedap ni. Kalau kawan2 nak rasa kuih ni bolehlah mencubanya.



Bahan A
  • 2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 2 s/b tepung beras
  • 2 s/b tepung jagung
  • Sedikit garam
Bahan B
  • 1/2 cawan kacang hijau yg telah direbus kembang
  • 1/2 cawan air
  • pewarna hijau
Bahan C
  • 1/2 cawan air
Cara-Cara
  1. Gaukan semua bahan A sehingga sebati. Tapiskan. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
  2. Campurkan bahan B dalam 1 bahagian dan kacau rata.
  3. Campurkan bahan C dalam 1 bahagian lagi. Kacau rata.
  4. Sapukan minyak pada loyang bulat atau empat segi berukuran 5 inci.
  5. Tuangkan 1 senduk adunan B dalam loyang dan kukus selama 7 minit.
  6. Lapiskan lagi 1 senduk adunan C diatas lapisan tadi dan kukus selama 7 minit lagi.
  7. Ulang proses melapis sehingga adunan habis.
  8. Bila telah masak sejukkan betul-betul baru potong dengan pisau pelastik.

12 comments:

  1. Salam kak yatie! alamakkkk! mmg harus buat ni nmpk sedap betul lapisan kacang ijau tu! waaaaaa..... masuk list! :D

    ReplyDelete
  2. lawonye kuih lpis nih..8 kali buka pengukus...waaahhh mmg suke duk kire brapa lapis kuuih lpis kak yati..kikiki

    ReplyDelete
  3. Yatieeeeee...Akak busy.....sempatkah nak sahut cabaran melapis ni!!!! Gerammm lah Yatie ni!!!Nak juga!!Nak kena pejam mata dulu...buat2 lupa!

    ReplyDelete
  4. cantiknya yatieee..cun melecun dan menggiurkan...wallahh

    ReplyDelete
  5. cunnya yati kuih lapis tuuuu!!!!

    ReplyDelete
  6. salam yatie,
    cantiknya lapisan kuih yatie ni..
    nampak sedap tu..

    ReplyDelete
  7. salam yatie
    entah dah berapa kali akak cuba masuk komen ni tak boleh2 ini percubaan ke 4 huhuuuu

    kan akak dah cakap yatie dah jadi pakar buat talam..mmg cantik dan menawan..
    ooo tak de serbuk kacang pun x pe janji leh buat talam berasakan kacang ijaooo hehe ..

    ReplyDelete
  8. Salam.. YaAllah cantiknyaaaaa....
    nampak sungguh kesedapan kuehnyaaa..

    ReplyDelete
  9. Ijayuji=> wkmsalam, mmng sedap kuih lapis ni...cubalah...

    Izah=> terima kasih....kalau loyang kecik bnyklah lapisannya...begitulah sebaliknya..

    ReplyDelete
  10. Watie=> takpe kak....bila free nanti, bolehlah buat macam2...mmng sedap kak...

    Mekna=> cun dan sedap....cubalah..hi3..

    ReplyDelete
  11. Ain=> terima kasih kak...sedap kuih ni..cubalah..

    Ayu=> wkmsalam,terima kasih...mmng sedap kuih ni...cubalah...

    ReplyDelete
  12. Kak Jalilah=> wkmsalam, taklah pakar kuih talam....peminat setia kuih talam tu,adalah...mmng sedap kuih ni...cubalah kak...

    Kak Liza=> wkmsalam, terima kasih kak sudi singgah sini...mmng sedap kuih resepi akak ni..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails