Monday, May 17, 2010

Kek Kukus Velvet

Salam dan bertemu kembali. Inilah kek kukus velvet yg menjadi kegemaran kami sekeluarga. Selain warnanya yg cantik rasa kek ini sedap dan menepati citarasa kami sekelurga. Resepi asal adalah dari Kak Fida @MyR...terima kasih ya akak kerana berkongsi resepi yg sedap ini.




Bahan-bahan


*5 biji telor gred A (yang sejuk dari fridge)
*225 gm gula halus
*220 gm tepung gandum
*1 sudu kecil rata baking powder
*1 sudu besar ovallette
*150 ml susu cair
*1/2 sudu kecil garam
*100 gm minyak jagung/masak
*1 sudu kecil esen vanila
*beberapa titis pewarna merah, kuning dan hijau
*asam hawflakes secukupnya

Cara Membuat:-
  1. Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk dan ketepikan dahulu.
  2. Pukul gula dan telur hingga kembang. Setelah kembang masukkan ovallete dan pukul lagi sehingga betul2 kembang dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul sebati.
  3. Masukkan tepung dan b.powder yg telah di ayak berselang seli dengan susu dan masukkan esen vanilla. Gaul sebati dan bahagikan pada 3 bahagian....letak pewarna kegemaran.
  4. Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama, letak merah dulu menggunakan 6 sudu makan setiap adunan dan susun secukup hawflakes di permukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
  5. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.
  6. Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
  7. Setelah kek masak, biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian baru diterbalikkan di atas redai supaya sejuk.
***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan, ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 3 mangkuk dan warnakan. Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka...

18 comments:

  1. Salam kak yatie! semalam kita sibuk siktlah kak, sedapnyer kek lapis tuu! som som pandan kita nak bawak balik ya, tak yah kasi air gula sbb kita byk air gulanyer hihihi....Akak sihat ke? 1 hari tak jalan2 rasa cam berminggu tak jengah2 :D

    ReplyDelete
  2. Salam Yatie,

    Yatie ni kalau bab kuih muih ni menajdi je. Cantik betul kek kukus velvet tu ya. Hari tu ada gak akak buat kek kukus hawflake tu tapi tak lah secantik yg yatie buat

    ReplyDelete
  3. nanti mas nak try juga buat kek lapis akak ni,geram tengok kek lapis akak yang cantik tu,mas copy resepi ye kak,

    ReplyDelete
  4. salam kak..
    wah canteklah kek lapis akak bikin ni..
    pembakar smgat tuk buat lagi..
    hehe da buat dulu tapi tak seindah ni;)

    ReplyDelete
  5. cantiknya kek kukus velvet dia!!! klau dekat, lama dah akak ngendeng.hehe

    ReplyDelete
  6. org yg sabar saja boleh bikin kuih jenis kukus asal dr sarwak nie.. sbb tu setakat ni akak belom buat lagi..tapi kalau kek yg warna hitam kukus dgn biskut marie tu pernah laa..tapi dah lama dah..guna browning sugar..yatie pernah buat ker??

    ReplyDelete
  7. kak yati..sesunguhnya saya di sini amat kagum melihat kek akak yang jauh dii sana. saya di sini ingin bertanya.. ada kemungkinan tak kalau saya buat kek ni tak menjadi.saya agak bingung dan takut untuk mencuba kek ini.kalau cuba makan saya suka, tapi cuba buat saya terasa amat tertekan.bantu saya kak yati..yang benar, aku yang cun.

    ReplyDelete
  8. salam kak yatie...menarik dan tertarik betul niza tgk kek lapis tu....sedapnyaa...nanti nak kena try la...:)

    ReplyDelete
  9. Ika=> wkmsalam, kek kukus velvet ni mmng sedaplah...bubur sum2 ni dah abeslah..Ika wat sendiri ya...bagi akak rasa sikit...hi3.

    ReplyDelete
  10. Kak Aidah=> wkmsalam, thanks kak..akak cuba lagi ya...kena sabar sikit bab melapis2 kek ni..

    ReplyDelete
  11. Mas=> cubalah senang je...ikut je arahan2 yg di beri, pasti menjadi..

    ReplyDelete
  12. Mummyseri=> wkmsalam, takpe cuba lagi..entah2 lagi cantik dari akak punya...mmng sedap kek ni..

    ReplyDelete
  13. Ain=> thanks kak, kalau dekat mmng yatie dah bagi rasa tau..

    ReplyDelete
  14. Kak Ilah=> kek ni mmng leceh sikit, kena betul2 sabar..yatie suka buat kek yg family suka mkn je..

    ReplyDelete
  15. Izahdaut=> alahai jngnlah takut mencuba Izah, senang je..ikut arahan, mesti jadi punya..akak dah bnyk kali buat kek ni..menjadi...dulu pertama kali buat terus jadi..akak rasa kalau Izah cun buat mesti jadi punya...

    ReplyDelete
  16. Nieza=> wkmsalam, sedap kek ni..cubalah, mudah je membuatnya..

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum yatie, kalau guna butter boleh tak? Setiap lapisan ke kena kukus?

    ReplyDelete
  18. Salam perkenalan....Sy selalu jugak jengah blog akak. Sy suka kek velvet asam ni...sy dh try buat...terima kasih & sy puas hati..Mohon izin copy resepi ye...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails