Sunday, May 2, 2010

Roti Saj

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan2 semua. Moga anda semua sihat dan ceria sentiasa. Dah bersarapan ke belum....hari ni saya masak roti saj dan di makan bersama kuah kurma daging. Alang2 kuah tu masih ada, jadi saya uli tepung dan buat roti saj ni. Buatnya taklah susah...saya jumpa resepi ni di rumah Kak Ummi yang rajin memasak tu. Resepi asal adalah dari Kak Rusnah FP dan ada juga di rumah Kak Madihah. Saya pula minta izin C&P resepinya di sini ya kakak2 semua. Terima kasih banyak2 atas resepi yg sememangnya sedap. Kalau kawan2 nak tahu rasanya...bolehlah cuba sendiri ya.



Bahan:

* 1 sb yis mauripan
* 1 sb gula (kak rus ganti ngan susu pekat kacau dalam air suam ~ akak pun ikut sama)
* 1 1/2 cwn air suam
* 3 1/2 cwn tepung
* 1/2 st garam
* sedikit minyak

Cara membuatnya:
  1. Campurkan yis, gula, air suam dan garam sebatikan lalu masukkan tepung dan diuli.
  2. Selesai diuli, ketepikan 1 jam...tutup kejap dgn plastik.
  3. Uli lagi dan ketul-ketulkan kpd 7- 8 bahagian (Akak bahagikan kepada 10/11 ketul)...dibulat-bulatkan dan disalut minyak/tepung. (Akak salut minyak spt gambar kat bwh).
  4. Pastu terus je ambil seketul (*tak perlu tunggu roti naik dah yea) dan ditekan-tekan dlm pinggan bulat bagi elok bulatnya dan digoreng tohor mcm goreng capati.......bila masak angkat.... (MaDiHaA masak lebih kurang 3 ~ 4 minit bagi setiap belah roti saj & terbalikkan masak lagi) mmmm makan ngan kuah....sedap dan kenyang....
Nota MaDiHaA : Semasa menggoreng gunakan api yang perlahan. Minyak hanya gunakan beberapa titis jer semasa menggoreng. Tutup kuali dengan penutup pengukus supaya wap panas tak keluar & roti saj cepat masak.

7 comments:

  1. sedap ner roti.. tak sarapan lagi ni.. baru habis poco poco..

    ReplyDelete
  2. Salam kak yatie!!!! nak daging kerisik tuuuu!!! sedapnyerr! kita tak de stok kerisik lah huhuhu... uuwaaaaa..roti saj ni pun akak dah buat!!! masuk list! sedapnyer cicah kari kan :D

    ReplyDelete
  3. Miz Kadiah=>thanks sudi singgah, mailah sarapan sama2...

    ReplyDelete
  4. Ika=> wkmsalam,, boleh je...kerisik tu akak buat sendiri....guna kelapa kering, di sanggai sampai perang...lepastu tumbuk masa panas2 sampai keluar minyak..rasanya sama je, wangi je bau kerisik..

    Ika, kalau masa nak bulat2kan tu, lekit sikit...sapu minyak tngn kita ya...

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum kak..hikhik..resepi roti ni asik kiv je..tak buat2 lagi. akak datang umah saya amik award ye..oyee oyee

    ReplyDelete
  6. Thanks..mmg tgah mencari resepi roti ni..sbb kwn sy pernah buat..tp lupa nak tanya resepi.cicah ngan karipun sedap..:)

    ReplyDelete
  7. Amboi sedapnya.... makan panas-panas dengan kuah kari, nak cubalah ...terima kasih Yatie..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails