Monday, May 3, 2010

Ayam Masak Gulai Kampung

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Inilah lauk saya hari ini iaitu ayam masak gulai kampung. Bila masak lauk mcm ini teringat akan mak saya di Msia, rindu masakan mak. Kali ini saya cuba resepi dari Kak Zai dan ada juga di rumah Kak Jun. Saya minta izin C&P resepi yg sedap ini ya akak2 semua....terima kasih banyak2.


Bahan-Bahan
  • 1 ekor ayam
  • 2 1/2 cawan santan
  • 5 cm lengkuas (ketuk)
  • 3 batang serai (ketuk)
  • 3 cm kunyit hidup (kisar)
  • 3 cm halia (kisar)
  • 5 ulas bawang putih (kisar)
  • 4 tangkai cili merah (kisar)
  • 10 ulas bawang merah (kisar)
  • 5 biji buah keras (kisar)
  • 2 keping asam gelugur
  • 4 biji kentang (belah dua)
  • 10 tangkai cili kering (kisar)
  • 1 helai daun kunyit
  • Garam dan sedikit gula
Cara menyediakan:
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan ayam,lengkuas,serai dan daun kunyit.
  3. Gaulkan rata sehingga ayam kecut.
  4. Tuangkan santan dan masukkan kentang.
  5. Setelah kentang empuk masukkan asam gelugur dan garam, masukkan sedikit gula.
  6. Perasakan, sekiranya dah ok, matikan api dan boleh di hidangkan.
Note:
Kalau boleh biarkan kuahnya cair.Kalau pekat dah rasa rendang pula. Saya punya pekat sikit sebab kentangnya jenis putih(meresap). Terpulang pada masing2 nak kuah pekat atau cair sedikit.

6 comments:

  1. fuhh sedap sungguh...dh follow..:)

    ReplyDelete
  2. salam....

    sangat menyelerakan....

    mohon izin follow ur blog

    ReplyDelete
  3. salam yatie dah lama tak makan lauk ni..mmg sedap ..ngences akak.

    ReplyDelete
  4. Soffya=> mmng sedap..thanks sudi singgah dan follow juga..

    Sekamar Rindu=> thanks sudi singgah dan follow jua..

    ReplyDelete
  5. Datin El=> wkmsalam, memang sedap lauk ni, kalau dekat yatie dah bagi rasa..

    Razucute=> mailah mkn kat sini je..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails