Monday, May 10, 2010

Nasi Minyak Hujan Panas

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Sebenarnya hari ini saya masak nasi minyak hujan panas. Kebetulan hari ini (waktu US- 9.5.2010) adalah merupakan hari ibu dan bersamaan pula hari ulangtahun anak perempuan saya Seri Izati yg ke 14 tahun. Jadi saya masaklah sesuatu yg special untuk kami sekeluarga bagi meraikan hari ulangtahunnya. Kami sambut hari ibu dan hari ulangtahun sekali...sambil masak2 dan buat kek sendiri...makan anak beranak sendiri...ianya sungguh bermakna bagi kami sekeluarga. Resepi nasi ini saya ambil dari Makyong @MyR...terima kasih ya akak resepi yg sedap ini. Jom kita lihat bahan2nya.



Bahan-Bahan

* 4 cawan beras basmati
* 5 cawan air
* 2 kiub ayam
* 2 helai daun pandan
* pewarna merah, kuning dan hijau

Bahan Tumis

* 1/2 inci halia
* 2 ulas bawang putih
* 1/2 biji bawang besar
* 2 sudu besar minyak masak
* 1 sudu besar minyak sapi
* 1 batang kulit kayu manis
* 2 kuntum bunga lawang
* 3 kuntum bunga cengkih
* 3 biji buah pelaga

Bahan Hias

* Bawang goreng
* Kismis

Cara-Cara
  1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
  2. Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
  3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
  4. Masukkan beras dan gaul rata.
  5. Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
  6. Masaklah nasi sehingga masak
  7. Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
  8. Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka

13 comments:

  1. i likeeeeeeeee nasi minyak.. mabeles!

    ReplyDelete
  2. ting tong ting tong .... ada org dirumah tak... dtg nak minta sepinggan nasi ujan panas nie...sedapnyee... hehe

    ReplyDelete
  3. ku sangka panas hingga ke petang..rupanya hujan di tengahari..happy birthday ye adik seri..hehhehee..lagu ini dituju semopena nasi hujanpanas kak yatie..muhaha

    ReplyDelete
  4. Salam Yati, cantik nasi hujan panas tu. Rasanya pun tentu sedap ye. Memang sesuai utk meraikan sesuatu. Happy Birthday Seri.....

    ReplyDelete
  5. Salam kak yatie! akak ni mmg rajin kita mmg salute kat akak! sedap2 laks tu sumenyer, bilalah nak rajin mcm akak ni ya? klu rajin kita takut kita gemuk hihihi.... Happy besday buat ank akak juga, dah besar2 ank akak ;-)

    ReplyDelete
  6. wahhh...mmg special lah hari ni. 2 in 1. happy mother's day n happy bday to Seri Izati. Wat a nice name!!! semoga seri membesar jadi anak yg solehah dan kebanggaan ayah dan ibu!!

    ReplyDelete
  7. salam yatie..bestnya dapat kumpul anak beranak masak2 n makan2 kan...sama2 sambut hari bermakna... moga seri menjadi anak solehah dan berjaya dunia akhirat dan tuk yatie selamat hari ibu..moga menjadi ibu terbaik insyaAllah..

    ReplyDelete
  8. Sari Yusa=> mmng sedap Yus nasi ni...kaler2 tu yg anak2 suka...ceria gitu..

    Kak Ilah=> silalah masuk kak...pintu rumah Yatie sentiasa terbuka...mailah kita makan sama2 ya..

    ReplyDelete
  9. Izahdaut=> wow Izah siap nyanyi lagi....jom makan kat rumah akak...silalah jngn malu2 ya...thanks..

    Azian=> wkmsalam, mmng sedap nasi ni...mmng sesuai Yatie masak masa birthday ank sbb ceria kalernya...budak2 mmng suka...

    ReplyDelete
  10. Ijahyuji=> wkmsalam,mcmmana tak rajin, dok kat negara orng mmng kena rajin sikit...kalau tak mau berlapar anak beranak..Ika tu lagi rajin, mau berderet2 menu dia..thanks,ank akak dah besar2..

    Ain=> mmng 2 in 1, Seri Izati paling seronok sbb birthday dia sama dngn mother's day..thanks atas doamu itu..

    ReplyDelete
  11. Kak Su=> wkmsalam, mmng seronok kaksu bila tngk anak2 dan suami menghargai hasil masakkan kita....terima kasih atas ucapan dan doamu..

    ReplyDelete
  12. salam yatie.
    akk berkenan betul tgk nasi minyak yatie ni. ingin plk nak cuba masak. nmpk sedap n cantik.
    ayam ala kassim ni pn rasanya mmg sesuai sgt mkn dgn nasi minyak sbb tak muak. betul tak?

    p/s: abg suka dgr lagu ni yatie.:))

    ReplyDelete
  13. K.Anis=> wkmsalam, cubalah kak masak nasi ni, anak2 mesti suka sbb kaler2 gitu...ayam ala kassim ni pun sedap, simple je bahannya..

    Yatie mmng suka dngr lagu ni..tenang je masa update blog...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails