Saturday, May 1, 2010

Ketam Goreng

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Inilah menu simple saya hari ini. Biasanya ketam saya masak lemak tapi hari ni atas permintaan anak2 supaya di goreng sahaja. Ketam goreng ni kita makan beramai2...wow sedap sangat hingga menjilat jari. Jom lihat resepi yg mudah ni...


Bahan-Bahan

* 10 ekor ketam/ lebih
* 2 ulas bawang putih
* 1 inci kunyit hidup(kunyit serbuk pun boleh)
* Garam secukup rasa
* Minyak utk mengoreng

Cara-Cara
  1. Siang ketam, bersihkan dan toskan.
  2. Tumbuk bwng putih dan kunyit hidup bersama garam.
  3. Gaul bersama ketam tadi.
  4. Panaskan minyak dan bolehlah di goreng...tak payah lama sangat.
  5. Angkat dan hidangkan....sedapnya ketam ni...terasa kemanisannya.

2 comments:

Related Posts with Thumbnails