Thursday, May 6, 2010

Ayam Kicap Blackpepper

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Ini juga menu hari ini. Saya masak menu yg mudah dan yang penting keluarga menggemarinya. Mari kita lihat bahan2 yg di perlukan.


Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam- di potong 12
  • 2 biji kentang- belah 4
  • 4 sudu besar kicap pekat
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar tepung jagung * bancuh dngn air
  • 1 cawan air*
  • 2 sudu besar serbuk lada hitam
  • 2 btng lada hijau ( di belah 2)
  • 4 s/b minyak untuk menumis
  • garam dan kunyit
Bahan Tumis (di hiris)
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 btng kayu manis, 2 kntm bnga lawang, 2 biji buah pelaga
Bahan Hiasan(hiris dan taburkan atas ayam)
  • 2 tangkai daun sup
  • 2 tangkai daun bawang
Cara-Cara
  1. Ayam di potong 12 dan bersihkan. Gaulkan bersama garam dan kunyit. Goreng separuh masak. Setelah siap, goreng pula kentang hingga empuk. Ketepikan dahulu.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi. Masukkan rempah tumis dan gaul lagi.
  3. Masukkan ayam dan kentang yg telah di goreng tadi. Masukkan serbuk lada hitam.
  4. Masukkan kicap pekat, sos tiram dan sedikit air. Masukkan bancuhan air tpng jagung.
  5. Masukkan lada hijau yg di belah 2 tadi dan gaul sebati. Masak sehingga sedikit pekat.
  6. Sekiranya rasa dah ok, matikan api dan hidangkan....tabur bersama bahan hiasan.
  7. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.

13 comments:

  1. Salam Yatie

    Yat mai bawak nasi sepinggan tunggu Yatie bubuh lauk ayam tu ya?

    ReplyDelete
  2. Salam, samalah lauk kita hari ni, cuma Yus punya daging kicap blackpepper, tapi... bkn Yus masaklah.. hehe.. Yus kursus, 2 hari makan free.. nyum2

    ReplyDelete
  3. salam kak yatie!! nak ayam tu jugak!! nak kepak tawww! yg laen2 tak mo, ada lg tak tu? hihihi..kita masak asam pedas jer kak malas betul nk masak hari ni huhuh

    ReplyDelete
  4. masak kicap ni memang mudah, tapi kalau makan ngan nasi panas... memang hingga menjilat jari

    ReplyDelete
  5. Nak join gak!!! chicken my fav! hehehe ;)

    ReplyDelete
  6. salam yati..apa kabar?? lamanya akak tak singgah sini. ada ayam kicap blackpepper, nak sikittt!!!!

    ReplyDelete
  7. Salam Kak Yatie....masak kicap blackpepper sodap tu!..:)

    ReplyDelete
  8. wau.. ayam cili blackpepper.. sedap tue.. huhhu..

    ReplyDelete
  9. Yat Maria=> wkmsalam, nape bawa nasi sendiri..ni yatie msk banyaklah..jom kita mkn sama2..

    Sariyusa=> wkmsalam, wow sedap tu daging kicap blackpepper...jom tukar2...alamak dah abes ya...

    ReplyDelete
  10. Ijayuji=> wkmsalam, Ika suka mkn kepak ya..nak terbang mana lagi tu....nak ambil 2 ketoi kepak..

    A KL Citizen=> msk kicap ni mmng mudah..mkn hari2 pun tak jemu2..

    ReplyDelete
  11. Love2Cook=> boleh je join sekali...jom mkn sama2..

    Ain=> wkmsalam, akak pergi mana ni..lama tak nampak..rindu betul..jom kak kita mkn sama2..

    ReplyDelete
  12. Nieza=> wkmsalam, mmng sedap ayam kicap blackpepper ni...

    Cha'on=> thanks sudi singgah....mmng sedap ayam msk mcm ni..

    Grecek=> mmng sedap..suka ke ayam msk mcm ni..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails