Thursday, May 20, 2010

Nasi Kuning

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya. Dah makan ke belum? Hari ini saya masak nasi kuning. Rasa nasi ni macam nasi lemak dan warnanya kuning yg membuatkan kawan2 tertanya2 mcm pulut kuning. Kalau nak tahu rasanya kenalah mencubanya....bahan2 dan cara2 pun senang je. Resepi asal adalah dari As, izinkan Yatie letak resepinya di sini ya..terima kasih banyak2.



Bahan-bahan
  • 4 cawan beras basmathi
  • 2 cawan santan
  • 3 cawan air
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • garam secukup rasa
  • 2 helai daun pandan
  • 1 btg serai-diketuk
  • Sedikit serbuk kunyit
Cara-Cara
  1. Cuci beras hingga bersih dan toskan. Sementara itu hiris bawang besar dan halia.
  2. Masukkan beras,bahan hiris bersama daun pandan,serai, serbuk kunyit dan garam kedalam rice cooker.
  3. Masukkan santan dan air ke dalam rice cooker.
  4. Masak seperti biasa, ketika mendidih masukkan 1 sdb minyak masak, supaya nasi gebu..
  5. Setelah masak,gemburkan nasi perlahan2 dan bolehlah di hidangkan.
** Boleh dihidang bersama sambal ikan,sambal tumis, rendang, ikan bilis, telur, timun, tomato dan mcm2 lagi....Ikut selera masing-masing..

14 comments:

  1. SALAM yatieeee.....
    ada rumah ker... kami dtg nak makan....

    akak ingat pulut kuning tadi...bila baca baru tau nasi kuning...alahai terliur lahhh.. kalu pulut kuning pun sodappp...

    ReplyDelete
  2. Salam K.Yatie... yuuu huuu... warna nasi kuningmu memanggilku datang lunch... he he he nak join..

    ReplyDelete
  3. wow sungguh mengoda hati tengok nasi kuning ni bersama lauk ayamnya..bolehlah cuba suami balik Selasa depan..memang tgh dok pk nak masak apalah nanti...terima kasih sudi kongsi resepi..

    ReplyDelete
  4. salam kak yatie!!! alahaii best nasik kuning! btw untuk HALAL GEL tu akak leh g link yg kita bg kat bwhhhhh sekali kat n3 ciskek tu untuk penghantaran luar negara pun boleh tp kita suh mak kita poskan ajerr :D harap dpt membantu :-)

    ReplyDelete
  5. salam yatie...wahhh yatie masak nasi diraja ye...kuning je..tentu menarik minat anak2 untuk makan..rajin betullah yatie ni...

    ReplyDelete
  6. menu hidangan yg perfect!

    ReplyDelete
  7. mas pun ingat pulut kuning, letak beras basmathi mesti sedap nasi kuning ni,kan kak, memang kena makan ngan ayam serai kasturi, kena try resepi ayam ni..he..he..

    ReplyDelete
  8. Kak Jalilah=> wkmsalam, silalah masuk....nasi dah terhidang ni...jom kita makan sama2..

    ReplyDelete
  9. Halamanku=> wkmsalam Erma, jom makan sama2 ngan akak ya...

    ReplyDelete
  10. Siti Indrawati=> bkn mengoda je, sedap nasi ni...ringkas je penyediaannya...cubalah..

    ReplyDelete
  11. Ika=> wkmsalam, nasi ni mmng sedap Ika...thanks for the info...

    ReplyDelete
  12. Ima=> wkmsalam, ank2 memang suka kalau mamanya masak nasi selain nasi putih...seronok tngk diaorng suka mkn...

    ReplyDelete
  13. Ain=> menu ni ringkas tapi sedap kak...cubalah...

    ReplyDelete
  14. Mas=> cubalah Mas, mmng sedap tau..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails