Friday, May 14, 2010

Ayam Madras

Salam dan bertemu kembali. Inilah menu tengahari kami sekeluarga iaitu ayam madras. Resepi asal adalah dari chef Sabri dan saya C&P dari rumah Dayang Jack. Ayam madras ni mmng sedap dan sesuai di makan bersama apa3 jenis nasi dan pelbagai roti. Kalau kawan2 nak tahu rasanya...cubalah sendiri ya.


Bahan-Bahan :

* 8 ketul ayam (saya guna 1 ekor ayam)
* 100 g ubi kentang (dipotong wedges- saya guna 4 biji)
* 10 g bawang putih (dihiris halus)
* 20 g bawang merah (dihiris halus)
* 15 g halia (dihiris)
* 4 sb minyak sapi
* 1 helai daun pandan (disimpul)
* 5 sb rempah kari daging
* 1 sk serbuk jintan putih
* 1 sk serbuk jintan manis
* 1 biji jus limau nipis
* 4 biji buah keras (rendam dan kisar)
* 1 cawan yogurt ( saya guna sour cream)
* 1 cawan air
* 1 cawan susu cair
* 1 sk serbuk pati ayam
* 1 tangkai daun kari
* garam dan gula secukup rasa
* bahan tumis : 2 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga & 2 cm kulit kayu manis

Cara-cara :
  1. Bancuh serbuk kari daging, jintan manis dan jintan putih dgn secawan air. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak sapi, tumis bahan rempah, bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari hingga naik bau.
  3. Masukkan pes kari. Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam, daun pandan, ubi kentang, pati ayam lalu dikacau selama 4 minit. Tuangkan sedikit air, buah keras dan susu cair. Masak hingga ubi kentang empuk.
  5. Masukkan yogurt, air limau nipis dan perasakan dgn garam dan gula.

12 comments:

  1. berjela gak bahan2 ayam madras ni!! tapi berbaloi lah kan, sebab sedap!!

    ReplyDelete
  2. salam...terima kasih yatie sb sudi mencube resepi Ayam Madras. Lapar pulak nengok ayam lauk yg dimasak leh yatie ni...hehe. Kalau ade xtra tu, panjang2kanlah langkah tu anto ke teratak nun...cewahh!..mcm dekat jer umah kte ni kan...hahaha...

    ReplyDelete
  3. Salam kak yatie! sedapnyer nmpk ayam madras akak tu! ada lagi tak?? bungkuskan kita ya :D semalam ni sibuk sikit lah kak tak sempat nak jalan2 malam2 pastu kat luar sana tu dah mcm perang dunia kecil2lan.. huhuhu

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum kak yatie..waah nampak sedap sungguh dengan membayangkan bebahan yg dimasak skali tuh..kalau tukar dengan daging mcm sedap gak kot.. apa2 pun copy dolu resep..hikhik

    ReplyDelete
  5. salam yatie.
    waduh bakyu. enak bangat lauknya.:))

    ReplyDelete
  6. Ain=> nmpk je berjela resepi ni, klau dah sekali cuba dah ingat kt kepala..mudah je..

    ReplyDelete
  7. Dayang Jack=> wkmsalam, kalau dekat memang Yatie dah hantar kat rumah akak, nak bagi sifu rasa...hi3..

    ReplyDelete
  8. Ika=> wkmsalam, kalau dekat akak dah bungkuskan utk adikku sorang ni...tapi apakan daya...cuci mata jelah ya..hi3..

    ReplyDelete
  9. Izahdaut=> wkmsalam, kalau ganti daging pun sedap juga...kalau teringin tu bolehlah cuba ya.

    ReplyDelete
  10. Sari Yusa=> memang sedap Yus...pastu buat lempeng atau roti jala....waduh2..takleh ckplah..

    ReplyDelete
  11. K.Anis=> wkmsalam, yuk mangan kambek aku mbakyu...uweenak banget..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails