Thursday, February 4, 2010

Muffin Pisang Coklat

Salam muhibbah semuanya. Sebenarnya saya selalu buat muffin pisang yang biasa je. Tetiba hari ni nak cuba pula muffin pisang coklat. Ini pun pergi ziarah rumah kawan2 blog terjumpalah resepi yang sedap ni. Kalau nak rasa kelainannya cubalah ya. Resepi ni saya dapat dari Kak Am(flora's kitchen). Minta copy resepinya ya akak...mari kita lihat resepinya..




Bahan-bahan


100 gm pisang
100 gm tepung gandum
50 gm mentega-cairkan
20 gm serbuk koko(2 sudu besar rata)
50 gm gula halus
1 biji telur- suhu bilik
1 sudu kecil baking powder
50 ml susu segar
walnut secukupnya (tak letak pun takpe)

Cara-cara
  1. Panaskan oven sehingga 180C.
  2. Pukul sedikit telur dengan garfu- tak perlu kembang.
  3. Dalam bekas lain ayak tepung gandum, serbuk koko dan baking powder.Ketepikan dulu.
  4. Masukkan pisang ke dalam mangkuk. Lenyekkan bersama dengan gula halus.
  5. Masukkan pula susu segar ke dalam pisang tadi dan kacau
  6. Kemudian masukkan pula telur. Kacau biar sebati.
  7. Lepas tu masukkan pula tepung tadi dan kacau.
  8. Akhir sekali masukkan mentega cair tadi.
  9. Kacau biar sebati.
  10. Kemudian sendukkan ke dalam muffin cup.
  11. Isikan dengan 2/3 penuh. Bakar selama 25-30 minit.
    SIAP..!

3 comments:

  1. yatie, betul ke amik resepi ni dari dapur akak? La.., akak pun x ingat lngsung, kononnya nak copy resepi ni dari umah yati. kelakar betullah kan...
    ke salah dapur yatie kot..??? he..he..
    nanti akak nak slongkar balik dapur tu..

    ReplyDelete
  2. klakor je kak Am ni,tak caya ke...cuba semak balik...ni mesti kes copy juga...kah3...
    ayat cara2 je yatie ubah ikut style yatie...tapi mmng bestlah muffin ni..

    ReplyDelete
  3. selamat siang sahabat,
    sedikit berbagi inspirasi siang ya..

    "ketika waktu pagi tiba, jangan menunggu sampai sore. Hiduplah dalam batasan hari ini.
    kerahkan seluruh semangat yang ada untuk menjadi yang lebih baik dari hari kemarin.
    dan Don't forget sobat! bahwa esok belum pasti memnghampiri kita"

    Salam semangat ..^^

    ditunggu kunjungannya ya di http://www.nolimitadventure.com/

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails