Tuesday, February 2, 2010

Mee Rebus

Salam sejahtera semuanya. Sebenarnya masa ziarah rumah kawan2 blog ternampak mee rebus. Hai biasalah kalau dah nampak tu....kecur je di buatnya. Apalagi bahan-bahan pun ada, jadi saya pun masaklah mee rebus style mak saya punya dulu. Lain kali saya cubalah resepi dari kawan2 pula.Lagi pun resepi yang ini dah ingat sangat kat kepala ni....jom kita lihat resepinya...




Bahan-bahan
  • 1 kg mee kuning (di celur dan di toskan)
  • 2 cwn taugeh (di celur dan di toskan)
  • 4 biji keledek ( direbus dan di kisar halus)
  • 4 biji telur ( direbus dan di belah 2)
  • 4 kpg tauhu ( di goreng dan di hiris nipis)
  • lada merah da lada hijau (hiris)
  • bawang goreng
  • limau kasturi (di belah 2)
  • daun sup dan daun bawang (di hiris)

  • *UTK KUAH*
  • 500 gm daging (di hiris nipis dan di rebus hingga empuk)
  • 4 biji keledek ( di rebus dan di lenyek halus/blend)
  • 15 btng cili kering *
  • 10 biji bawang merah *
  • 5 ulas bawang putih*
  • 3 batang serai*
  • 1 inci lengkuas*
  • 3 sb udang kering *
  • 2 sb serbuk kari daging *
  • 1 cwn air atau secukupnya untuk blend bhn2.

  • 2 cwn santan pekat
  • 2 kpng asam keping
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis.

Cara-cara

  1. PENYEDIAAN AWAL
  2. Hiris daging nipis2 dan rebus hingga lembut.
  3. Kupas keledek, potong kecil dan rebus hingga lembut, lenyek keledek semasa panas hingga halus. Ketepikan.
  4. Sementara itu rebus telur....dah siap, kupas kulit telur dan biarkan ketepi.
  1. UNTUK KUAHNYA
  2. Kisar bahan yang bertanda*
  3. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar hingga wangi, masukkan daging rebus bersama air rebusan daging.
  4. Bila mendidih, masukkan keledek lenyek tadi, kacau hingga rata.
  5. Tambah sedikit air jika perlu.
  6. Perasakan dengan garam dan gula (selalunya kuah mee rebus mmg ada rasa sedikit manis) dan biar mendidih.
  7. Masukkan santan dan asam keping, masak hingga pekat.
  8. Rasa dan jika ok, boleh dimatikan api.
  1. PENYEDIAAN MEE REBUS
  2. Masukkan sedikit mee dalam mangkuk, susun tauhu dan telur rebus, cedok kuah bersama2 isinya dan tuang atas mee, hias dengan taugeh, taburan daun bawang/daun sup, bawang goreng, hirisan cili hijau dan belahan limau kasturi.
  3. Dan boleh dimakan.

1 comment:

  1. kak yatie! agak2 berapa byk air rebusan daging tu? alahai tak tahu nak agak la kak nanti klu trkurang ke trlebih ke airnya tak sedap la pula kan kak. nanti akak free tlg tunjuk ajar ye kak TQ.

    AMOI.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails