Bahan-bahan
3 biji telur
1 cawan gula
1 camca besar ovallete
1 cawan air aiskrim soda(saya guna sprite)
3 cawan tepung gandum
Sedikit pewarna ikut suka
Papercup secukupnya
Cara-cara
- Pukul telur, gula dan ovallete sehingga kembang dan gebu.
- Masukkan air aiskrim soda berselang seli dengan tepung sedikit demi sedikit.
- Gaul sebati dan rata.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan warnakan dengan warna asal dan satu lagi warna kuning.
- Kalau nak mudah, masukkan adunan dlm plastik dan gunting bucunya,lepas tu picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas.
- Masukkan mangkuk kertas ke dlm mangkuk kecil dan tuang adunan tadi. Kukus dalam 15 minit.
Kalau nak apam nya tersenyum, mestilah pkl telur betul2 kembang dan pastikan air benar2 mendidih dan gunakan api kuat.
dah beli dah alatnya tp bila nak mengadunnya pun tak pasti
ReplyDeletefuzids>> bila free nanti, bolehlah cuba ya..
ReplyDelete