Wednesday, February 24, 2010

Ayam Merah Madu

Salam ceria dan salam sejahtera semuanya. Hari ni lambat sikit nak n3 sebab sibuk sikit. Tapi tak mengapa, asalkan ada sesuatu yang hendak di persembahkan hari ni. Hari ni saya masak ayam merah madu. Sebenarnya resepi ni mudah je, rasanya kawan2 tentu pernah masak lauk macam ni...mungkin berbeza dari segi rasa dan penyediaannya saja. Saya masak lauk ni pun nak pekenakan dengan nasi mandhi yang saya masak tadi. Oklah mari kita lihat resepinya..




Bahan-bahan
1 ekor ayam sederhana, potong ikut suka, gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam
5 camca besar cili kisar
1 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*(*kisar halus)
1 inci halia*
4 sudu besar cili sos
3 sudu besar sos tomato
5 sudu besar madu
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 biji tomato> potong dadu
1 biji bawang besar, hiris bulat
Garam secukup rasa dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Daun saderi sebagai hiasan.

CARA-CARA
  1. Ayam digoreng hingga kuning keemasan, angkat, toskan. Tinggal kan sedikit minyak dalam kuali yang sama.
  2. Tumis bahan kisar dan cili kisar hingga terbit minyak, masukkan sos cili, sos tomato dan madu serta sedikit air, biar mendidih.
  3. Masukkan ayam, serbuk lada hitam, hirisan bawang dan potongan tomato, gaul rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Angkat dan hidangkan.

4 comments:

Related Posts with Thumbnails