Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung kastad
3/4 cawan gula
3 1/2 cawan santan
1 s/k garam
Bancuh semua bahan ini dan tapiskan...
Bahagikan sama banyak dan masukkan dalam 2 mangkuk... {mangkuk [1] dan [2]
Bahan B
1/2 cawan kacang merah rebus(yg dah rebus dan lecek sikit)
Pewarna merah
1/4 cawan air
Masukkan Bahan B dalam mangkuk [1]
Gaulkan rata dan ketepikan
Bahan C
1/4 cawan air
1 sudu besar tepung jagung
Masukkan Bahan C dalam mangkuk [2]
Gaulkan rata dan ketepikan
Cara memasak
- Panaskan kukusan dan sapu minyak pada loyang saiz bulat 8 inci atau 8 inci x 8 inci .
- Masukkan 1 cawan lapisan merah dan kukuskan selama 5 minit.
- Masukkan pula 1 cawan lapisan asal [warna asal] dan kukuskan 5 minit.
- Buat sehingga lapisan habis dan setiap kali nak tutup semula tudung kukusan hendaklah dilapkan kering supaya air tidak menitik.(atau balut dngn kain penutup kukus)
- Untuk lapisan akhir sekali, kukus selama 15 minit.
- Bila telah masak sejukkan betul2 dan potongkan dengan pisau plastik supaya kelihatan cantik.
salam yatie...rajinnya buat kuih lapis!! cantik pulak tu lapisannya!!!
ReplyDeletewaalaikumsalam ain, yatie memang minat kuih2 lapis sbb suka tngk lapisannya..
ReplyDelete