Friday, February 5, 2010

Kuih Seri Muka

Salam semuanya. Harap anda semua ceria2 selalu. Kuih seri muka ni saya buat petang semalam. Nak potong masih panas lagi,jadi biarkan betul2 sejuk barulah di potong...sebab tu namanya kuih seri muka....dah sejuk baru berseri....kalau masih panas dah potong, siaplah buruk rupanya...tak gitu...Oklah tak mau pot pet lama2, mari kita lihat resepinya. Resepi ini saya copy dari NanaSham di my resepi. Terima kasih ya resepi yg mudah dan sedap ni...




Bahan-bahan
  • Bahan lapisan bawah
  • 500 gm beras pulut
  • 400 ml santan cair
  • 1 sk garam
  • 2 sb minyak

  • Bahan lapisan atas
  • 120 gm tepung gandum
  • 3 sb tepung jagung
  • 140 gm gula
  • 3 biji telur
  • 450 ml santan pekat
  • 1/2 sk garam
  • 300 ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan..boleh digantikan dgn 1 st pandan paste)

Cara-cara

  1. Untuk lapisan bawah
  2. Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
  3. Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
  4. Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
  5. Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
  6. Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
  7. Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
  1. Untuk lapisan atas
  2. Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.
  3. Masokkan santan yg telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi...
  4. Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendaklah ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus!!
  5. Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 45min atau 1jam....
  6. PERINGATAN...kuih ini hendak la betol2 sejuk barula mudah dipotong dan cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!

5 comments:

  1. kulihat hijau... suka warna hijau tu

    ReplyDelete
  2. alahai adik comel datang ya...mailah kita makan kuih hijau sama2 ya....kejap ya,auntie buatkan air....

    ReplyDelete
  3. alahai yatie...one of akak punya favourite kuih ni!!!!

    ReplyDelete
  4. Askum kak yatie...tak jemu layari blog akak ni...semua kuih sedap-sedap belaka ingat nak cubelah.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails