Bahan2 Lapisan Bawah:-
- 500 gm beras pulut
- 300 ml santan pekat
- 300 ml air
- 2 tsp garam halus
- Rendam pulut sekurang2nya 4 jam.
- Basuh bersih & toskan. Masukkan pulut bersama santan, air dan sedikit garam ke dlm loyang yg beralas plastik. Sebelum masukkan pulut, pastikan di sapu sedikit minyak keliling loyang.
- Kukus dengan semua bahan diatas selama 30 minit.
- Apabila pulut masak, gaul hingga sebati.Tekan2kan dalam loyang 10x10x2".
Bahan A
- 250 gm gula castor
- 100 gm tepung kastard
- 400 ml santan pekat
- 400 ml air
- 20 gm daun pandan- diblender dengan air diatas.-tapis ketepikan
- 4 biji telur
- 1/2 tsp garam halus
- 1/4 tsp pandan essence
- pewarna hijau- secukupnya
- Satukan bahan2 A kacau rata & masukkan bahan2 B kacau hingga sebati.
- Tapis kedalam periuk & masak. Kacau hingga naik wap. sekejap aje.
- Tuang keatas lapisan bawah & kukus selama 30 minit.
Aduhai yatie..kemas jer potongan kuih serimuka tu... mengancam!
ReplyDeletekita pun suka serimuka.. tambah sedap bila guna air daun pandan ori.. wangi je.. tp skrg ni kena stop dulu masak pulut sbb hubby sedang berpantang lg. orang patah tak boleh mkn pulut (org tua2 kata)..
ReplyDeleteAssalamualikum wbt,
ReplyDeleteYatie, terima kasih kerana berkongsi resepi. Semalam saya dah mencuba resepi anda. Tapi saya buat setengah adunan sahaja. Rasa nya memang sedap. Tapi tekstur lapisan atas agak terlembik sedikit. Masa nak potong tu hasilnya kurang kemas.Tidak seperti gambar yang Yatie post kan tu nampak menarik dan kemas. Saya nk tanya, boleh kah saya menambahkan sedikit lagi tepung kastard dalam resepi di atas? Adakah teksturnya akan lebih keras sedikit dah senang untuk di potong?
Harap Yatie dapat beri tunjuk ajar kepada saya serba 'kekurangan' dalam ilmu membuat kuih2 talam ni.
Sekian Terima Kasih.
saya jual talam guna resipi ini. =)
ReplyDeletekalau nak tekstur atas keras sedikit masak lama sikit..adunan tu akan pekat sedikit..kita akan nampak perubahan adunan tu kalau kita sentiasa mengacau adunan. tapi jangan terlalu pekat, nanti berketul. bila adunan dah pekat sedikit dari cair, terus tuang ke loyang. sebelum tuang kacau dengan handwhisk bagi adunan yg berketul rata.
sebenarnye kalau utk masak dirumah x kisah kalau adunan pekat, asalkan tidak lembik. huhu