Bahan-bahan
- 1 bungkus mee kuning (1 kg)- cuci dan toskan
- 1 cwn daging yg telah di rebus
- 1 cwn fish ball/fish cake
- 3 keping tauhu- di hancurkan
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos tomato
- 3 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar kicap pekat
- 1 biji tomato belah 6
- taugeh dan sawi secukupnya
- garam dan sedikit gula
- minyak utk menumis
- 4 sudu besar cili kisar
- 4 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar
- 3 sudu besar udang kering-rendam dan toskan
- Kisar bawang putih, bawang merah dan udang kering sehingga halus.
- Panaskan minyak & tumis bahan2 yg di kisar tadi hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis lagi.
- Bila cili dah masak, masukkan tauhu yg telah di hancurkan dan gaul sebati. Masukkan daging.
- Masukkan sos tiram,sos cili, sos tomato dan kicap. Tambah garam dan sedikit gula.
- Masukkan mee & gaul rata,masukkan sawi dan tomato, biarkan dalam 5 minit. Masukkan taugeh dan gaulkan biar rata.
- Bila rasa dah ok, matikan api dan bolehlah di hidangkan bersama hirisan timun dan hirisan limau kasturi.
Assalamualaikum...yatie...tak pernah pulak goreng mee letak tahu..mesti sedapkan...nampak cam mee goreng mamak pulak.Tkasih kongsi resepi ni...pasti nak cuba ni...
ReplyDeleteSalam kak...
ReplyDeleteSedap menunya...idea yg bgs tuk menu anak2...:)
ooo...letak tauhu ekk
ReplyDeleteye la kan...bila hancur2, nampak mcm telor...thanx kongsi idea.. :-)
Ayu rupa paras mee goreng tahunya tu Tie... bolehlah dicuba nanti, bagi hancur tahu tu, tiap petang suami wajib buka puasa dengan mee goreng, sampai gtak tahu nak bubuh apa lagi ntah... he hehehh
ReplyDeleteSedap nampaknya mee ni. Tq Yatie, nnt bolehla cuba :)
ReplyDeletennt boleh buat jugak ni sbb anak2 Liza kalau ada tauhu keping tu gerenti diaorg tak mkan, sakit hati betul...nnt nak try buat yg hancur2 cmni pulak...
ReplyDelete